Akhlak Muslim Sebagai Jiran

Hubungan Suci

Islam amat menitik beratkan hubungan yang rapat dan suci di antara para penganutnya.

Tetapi berkenaan hubungan dengan jiran, Islam meluaskan hubungan ini bukan sahaja di antara sesama Islam sahaja, tetapi juga mencakupi jiran yang tidak beragama Islam seperti Yahudi, Kristian dan kafir zimmi lain. Setiap jiran dianggap sama seperti kaum kerabat sebagaimana diisyaratkan oleh al-Quran di dalam surah al-Nisa’ ayat 36:

an-nisa-36.png

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

Bahkan kerana seseorang jiran adalah dekat dengan jirannya, hampir-hampir dia menjadi waris kepada jirannya sebagaimana dinyatakan oleh hadis Nabi saw:

hadis-1.png

Maksudnya: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berbuat baik dengan jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mengatakan bahawa seseorang jiran boleh menjadi waris kepada jirannya.”

Bahkan lebih besar daripada itu, penyaksian seseorang jiran tentang jirannya di hadapan Allah pada hari kiamat akan memasukkan jirannya ke dalam syurga dan lain-lain kelebihan. Diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa baginda pernah bersabda:

hadis-2.png

Maksudnya: “Kamu adalah para saksi Allah di atas muka bumiNya. Mana-mana lelaki yang disaksikan oleh para jirannya terhampir bahawa dia seorang yang baik, maka wajib baginya syurga.”

Semangkuk Kuah

Antara keindahan dan kemanisan Islam ialah ia menjadikan hubungan hati lebih penting daripada perhiasan dunia dan segala isinya.

Islam menggesa setiap individu menggambarkan kecintaannya kepada orang lain meskipun hanya melalui benda yang paling kecil sekalipun ia mungkin tidak dipandang oleh sesiapapun. Rasulullah saw pernah berpesan kepada Abu Zar:

hadis-3.png

Maksudnya: “Wahai Abu Zar! Jika engkau memasak makanan yang berkuah, perbanyakkan kuahnya dan jangan lupa bahagian jiran engkau daripadanya.”

Penambahan kuah tidak membebankan apa-apa, tetapi disebaliknya ia didorong oleh hati sejahtera yang menyukai kebaikan demi memperkukuhkan ikatan dan hubungan, terutamanya di kalangan sesama jiran wanita. Rasulullah saw juga bersabda:

hadis-4.png

Maksudnya: “Janganlah seseorang jiran wanita enggan menghadiahkan sesuatu kepada jirannya meskipun ia seketul tulang kambing yang hanya mempunyai sedikit daging.”

Meskipun seketul tulang itu hanya mempunyai sedikit daging, namun ia mempunyai kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang menerimanya. Ia juga boleh menghilangkan perasaan benci, dengki dan hasad. Dengan demikian, hubungan akan menjadi suci dan kudus sehingga setiap hati bertemu dengan tuhannya.

Jiran Abu Hanifah

Jika seseorang jiran terjerumus ke dalam sesuatu masalah, kepada siapakah dia boleh mengadu?

Siapakah orang paling cepat yang memberikan bantuan selain daripada jirannya, sehingga segala kesulitannya dihilangkan oleh Allah.

Imam Abu Hanifah mempunyai seorang jiran muslim tetapi dia seorang yang melakukan maksiat kerana suka meminum arak. Jirannya ini juga selalu berkata: “Mereka membiarkan saya… Mereka tidak menghiraukan saya…” Lalu Abu Hanifah menegahnya daripada terus berkata demikian… Pada suatu hari, Abu Hanifah tidak lagi melihat jirannya, lalu Abu Hanifah bertanya tentang jirannya itu dan beliau diberitahu bahawa jirannya sudah ditangkap oleh polis. Dengan segera Abu Hanifah pergi sendiri untuk menjadi orang perantaraan kepada ketua kampung, lalu jirannya itu dimaafkan dan dibebaskan. Apabila jirannya pulang ke rumah, Abu Hanifah bergurau dengan berkata: “Adakah kami membiarkan engkau wahai anak muda!” Jirannya menjawab: “Tidak… Semoga Allah memberkati anda, sebagai seorang jiran yang baik.”

Subhanallah! Jiran Abu Hanifah ini akhirnya berubah menjadi seorang yang kuat beribadat dan juga pejuang pada jalan Allah selepas itu. Inilah hasil daripada layanan baik yang diberikan oleh seseorang jiran.

Rasul Ikutan Kita

Manusia tidak pernah melihat orang yang umpama Rasulullah saw dari sudut mempunyai hubungan yang baik dengan para jiran sekalipun baginda disakiti, dikeji dan dicerca oleh jiran baginda, namun baginda tetap berbuat baik kepada mereka.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 107:

anbiya-107.png

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Rasulullah saw mempunyai seorang jiran beragama Yahudi yang meletakkan sampah sarap pada setiap hari di depan rumah baginda saw. Pada suatu hari, Rasulullah saw dapati sampah sarap tiada di hadapan rumah baginda sebagaimana biasa, lalu baginda pergi menziarahi jiran baginda dan didapati jiran tersebut sakit. Kedatangan Rasulullah saw ke rumahnya menyebabkan lelaki itu merasa malu di atas perbuatannya kepada baginda selama ini lalu dia mengisytiharkan memeluk Islam.

Subhanallah! Meskipun pelbagai kesusahan dan kemudaratan yang dihadapi, baginda tetap menziarahi jirannya itu. Lalu kedatangan baginda memberikan kesan yang mendalam kepada diri jirannya.

Ramaikah di kalangan kita orang yang boleh bertoleransi kepada jiran-jirannya dan tidak bertindak apa-apa apabila berlaku sesuatu yang remeh temeh yang sedikitpun tidak mempunyai sebarang nilai.

Alangkah perlunya kita untuk mempelajari akhlak Nabi saw terutamanya akhlak baginda terhadap jiran tetangga.

Jiran Sebelum Rumah

Ini adalah suatu yang realiti. Ramai orang sanggup berpindah keluar dari rumahnya disebabkan jirannya. Ramai juga yang menyesal kerana berpindah dan meninggalkan jirannya disebabkan faktor-faktor tertentu, kerana jirannya itu adalah orang yang paling baik layanannya terhadap dirinya.

Sikap Sahl al-Tustari, seorang dari kalangan tabi‘in

Beliau mempunyai seorang jiran kafir zimmi. Pada setiap hari, najis melimpah keluar daripada rumah jirannya itu, lalu Sahl mengutipnya dan meletakkan di dalam sebuah bekas. Keadaan tersebut berterusan dalam tempoh waktu yang panjang sehingga Sahl hampir menemui ajalnya. Lalu beliau memanggil jirannya dan memberitahunya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Sahl berkata: “Aku bimbang jika selepas kematianku ada orang lain yang tinggal di rumahku ini, tetapi dia tidak akan bersabar menghadapi apa yang aku hadapi ini.” Jirannya itu terkejut melihatkan pemandangan hodoh yang diakibatkan olehnya serta kesabaran Sahl menghadapinya tanpa mengeluh sedikitpun. Jirannya berkata: “Kenapa engkau terus melayanku dengan baik, sedangkan aku terus berada dalam kekufuran? Hulurkan tanganmu, sekarang aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.” Akhirnya, dia menyesal kerana kehilangan seorang jiran yang amat baik seperti Sahl.

Apa pandangan anda jika jiran anda adalah seorang muslim yang bersembahyang bersama-sama anda, apatah lagi jika dia juga adalah kaum kerabat anda?!

Berhati-hatilah

Terdapat amaran yang keras dan balasan seksa yang memedihkan jika sesuatu hubungan kejiranan bertukar menjadi hubungan yang buruk, pertengkaran dan perbalahan yang tidak boleh diselesaikan melainkan di balai-balai polis dan lain-lain tempat yang tidak sepatutnya. Kerana pentingnya kedudukan ini, Rasulullah saw bersumpah sebanyak tiga kali berturut-turut dengan bersabda:

hadis-5.png

Maksudnya: “Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman… Demi Allah tidak beriman…”

Mendengarkan demikian, para sahabat gempar lalu mereka bertanya: “Siapakah yang tidak beriman itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab:

Maksudnya: “Sesiapa yang jirannya tidak terselamat daripada kejahatannya.”

Adakah anda dapati sumpah yang lebih keras daripada itu? Ia bagi menunjukkan betapa tingginya kedudukan hubungan antara jiran. Jika seseorang jiran menyakiti dan berbalah dengan jirannya, itu adalah tanda yang menunjukkan kelemahan imannya dan penyelewengan daripada Islam. Sabda Rasulullah saw:

hadis-7.png

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

Inilah pandangan Islam terhadap hubungan di antara jiran.

Kewajipan Praktikal

  • Sentiasa memberikan senyuman kepada jiran dan mengucapkan tahniah dalam semua sempena.
  • Jangan membuka tingkap yang menghala ke arah rumah jiran anda dengan tujuan untuk melihatnya dan keluarganya. Anda hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat anak-anak perempuan dan isteri jiran anda, kerana perbuatan tersebut adalah haram.
  • Sentiasa memerhatikan rumahnya ketika jiran anda tiada di rumah, dan berlemah lembut dengan anak-anak lelakinya.
  • Tidak menyebarkan rahsia jiran anda kepada orang lain dan tidak mengganggunya dengan bunyi radio yang kuat.
  • Bersedia meminjamkannya segala barangan yang diperlukannya seperti peralatan memasak dan memenuhi segala permintaannya dengan niat bertaqarrub kepada Allah swt.
  • Tidak membuang sampah di hadapan rumahnya atau melalui tingkap rumah anda.
  • Tidak menjemur kain basuhan anda atau membasuh tingkap rumah anda tanpa keizinan daripadanya.
  • Sekali sekala keluarlah berkelah ke tempat-tempat perkelahan dan lain-lain bersama-sama dengan jiran anda.

Satu Respons

  1. i luv to read bout akhlak perempuan as i noe it become worst nowaday,,i’m afraid because too many case had occurred involving gurls out there.. e.g:maksiat, n many others

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: