Mukhayyam NAZIM [ Nadi Asybal wa Zahrawat ] iaitu sebuah kelab kanak-kanak ISMA telah diadakan pada 30-31 Mei 2009 di Kuantan, Pahang. Satu aktiviti perkhemahan yang dirancang khas untuk memenfaatkan cuti sekolah pertengahan tahun bagi kanak-kanak di persekitaran oleh ISMA Pahang.
Tema mukhayyam atau perkhemahan kali ini ialah ” AMANAH SIFAT TERPUJI” . Pendaftaran telah bermula pada 30 Mei, Sabtu, jam 3.30 petang. Seramai 30 orang anak-anak telah mendaftar terdiri dari 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan .
Tirai perkhemahan dibuka dengan solat asar berjemaah , diikuti dengan taklimat dan minum petang. Program diteruskan dengan mendirikan khemah di sekitar kawasan rumah yang menjadi tapak program dan acara permainan, satu aktiviti yang menarik.. Sesi ini telah dikendalikan oleh remaja KRIM dan akhawat PEMBINA.
Pada malamnya, selesai solat maghrib dan makan malam, satu kuliah maghrib telah disampaikan oleh seorang wakil PEMBINA yang menyentuh tentang sahabat-sahabat Nabi saw yang bersifat amanah dengan pesan Nabi saw agar menghantar Usamah bin Zaid ke medan perang setelah kewafatan Nabi saw.
Selepas solat Isya’ sesuai dengan suasana yang tenang satu tayangan filem IRAN telah dihidangkan untuk para peserta. Filem tersebut memaparkan kisah yang termuat di dalamnya sifat-sifat terpuji anak-anak, iaitu sifat amanah terhadap ibubapa dan adik2 . Majlis di serikan dengan sesi soal jawab tentang cerita telah dikendalikan oleh akh DR AZIZI.
Sebelum tidur, anak-anak telah menyanyikan nasyid ISMA bersama-sama.
Keesokan harinya pada 31 haribulan Mei, hari Ahad, telah diadakan Explorace bertempat di rumah dan di padang berdekatan. Beberapa stesen telah disediakan , antara permainan yang di sediakan ialah jigsaw puzzle gambar binatang, teka silangkata berdasarkan kuliah maghrib dan hafalan Quran dan hadis serta menggunakan pancaindera utk mengenal pasti benda-benda dengan mata diikat. Kesemua kumpulan telah dapat melaksanakan tugasan yang diberi.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir, lantaran itu tirai mukhayyam kali ini terpaksa di labuhkan jua. Peserta diberi sedikit pesanan melalui kalimah akhirah, seterusnya dengan penyampaian hadiah dan nyanyian nasyid ISMA.
Secara umumnya, anak-anak kelihatan seronok kerana dapat bersama-sama berkhemah dan menyertai Explorace. Mereka telah dapat memahami objektif yang hendak dicapai. Program telah berjalan lancar dengan kerjasama dan bantuan remaja KRIM dan PEMBINA serta. Para belia dan ahli ISMA yang lelaki turut menyumbang tenaga dengan hirasah [kawalan ] pada malam hari. Ringkasnya program ini memberikan menfaat dan keseronokkan kepada anak-anak yang menjadi perserta dan juga urusetia yang bertugas.
Harapan kami agar NAZIM yang merupakan wadah untuk anak-anak soleh dan solehah ini akan terus aktif dari masa ke semasa. Mampu menarik minat anak-anak , aktiviti dan programnya sentiasa di tunggu-tunggu dan disebut-sebut. Semoga NAZIM akan menjadi satu wadah unggul dalam melahirkan generasi pelapis , pemimpin di masa hadapan.
Difailkan dalam: Berita Wanita, Permata hati














