keluarga

BAYI TERTEKAN DENGAN KERETA SORONG

 

ea0b2a3b24a936be

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bayi mungkin mengalami tekanan akibat dari penggunaan kereta sorong yang mengadap ke hadapan.

Penyelidikan di universiti Dundee di Scotland itu mendapati bayi yang menaiki kereta sorong mengadap ke hadapan mungkin akan ‘ketandusan emosi’ kelak disebabkan kurangnya hubungan muka dengan anak dan ibu bapa.

Dengan meletakkan bayi menghadap ibu  bapa ketika dalam kereta sorong dikatakan dapat memberi mereka ketenteraman positif dan mengurangkan tekanan mental.

Penyelidik dari Sekolah Psikologi dari universiti tersebut mengaitkan rumusan berkenaan dengan kajian sains neurologi yang menunjukkan interaksi sosial ketika tahun -tahun awal perkembangan otak kanak-kanak adalah amat penting.

Data yang dikumpulkan didakwa menunjukkan bayi dizaman ini ketandusan emosi dan mungkin tertekan dengan penggunaan kereta sorong sedemikian. ini menyebabkan mereka membesar sebagai golongan dewasa yang dibelengu rasa khuatir.

Maklumat yang dikumpulkan menunjukkan 25%  ibu bapa yang menghadap muka  anak mereka, lebih banyak bercakap dan berinteraksi bersama sementara denyut jantung anak juga lebih rendah jika mereka dapat melihat individu yang menolak kereta sorong tersebut .

Penyelidikan itu dikatakan bertujuan untuk memberi ibu bapa pilihan terbaik dalam memilih cara untuk  membentuk perkembangan fizikal dan emosi anak mereka  berdasarkan maklumat yang cukup, terutama dalam meningkatkan komunikasi peringkat awal , antara anak dan ibu bapa.

- Petikan Mingguan Malaysia , dec 2008

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.