Khidmat Masyarakat Wanita ISMA Zon Selatan

Pada 31 Mar 2007, Biro Wanita ISMA Zon Selatan telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Disckson.

Program ini diadakan sebagai ‘jump start’ untuk Wanita ISMA masuk dan mengesani masyarakat. Bertemakan slogan “Anda Sihat, Anda Bahagia”, selain berobjektifkan untuk mendekati masyarakat, kami juga ingin memperkenalkan cara hidup yang sihat kepada masyarakat kampung.

Dengan itu, pelbagai aktiviti disusun untuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Antaranya ialah ceramah kesihatan yang membincangkan tentang “Diet Yang Sihat”. Melalui ceramah ini, pengunjung didedahkan tentang kadar pemakanan yang harus diambil dan makanan cadangan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. Selari dengan itu, kami juga menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi para pengunjung yang ingin memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Ada beberapa pengunjung yang datang telah disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik yang berhampiran.

Bagi golongan remaja, kami mengadakan sesi suai kenal dan aktiviti bagi mengasah kreativiti. Setiap remaja diberi sabun mandi setiap seorang dan dikehendaki menghias sabun mandi tersebut berdasarkan kreativiti masing-masing. Seterusnya, bagi golongan kanak-kanak, kami adakan sukaneka dengan pelbagai jenis acara seperti gula dalam tepung, bola ping pong dalam sudu dan pertandingan mewarna. Hadiah juga disediakan bagi adik-adik kecil ini bagi meningkatkan lagi semangat dan penglibatan mereka.

Lebih istimewa lagi, kami juga berziarah ke beberapa buah rumah di kampung tersebut. Terdapat 6 buah rumah yang terpilih dan ke semua rumah yang kami lawati mempunyai anggota keluarga yang berpenyakit kritikal yang membawa kepada tidak boleh berjalan. Di sini, kami mengambil kesempatan dengan memberikan edaran ‘Selawat Syifa’ dan bantuan makanan seperti beras, gula, tepung dan susu. Secara keseluruhannya, sambutan terhadap program ini menggalakkan dan ia telah memberi pendedahan kepada Wanita ISMA untuk lebih bersedia berhadapan dengan masyarakat dan menyelesaikan isu-isu di dalamnya.

ISMA Zon Selatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: