KONWANIS 2007 – ‘Keluarga Sejahtera Dakwah Perkasa’

Cherating – Konvensyen Wanita ISMA (KONWANIS) kali kedua telah diadakan pada 18-19 Februari 2007 bertempat di Cherating Bay Resort, Cherating, Pahang. Konvensyen ini telah dihadiri seramai lebih kurang 250 orang dengan penyertaan dari setiap negeri.

Program yang merupakan acara dwi-tahunan Biro Wanita dan Keluarga ISMA ini telah mencatatkan pertambahan penyertaan hampir seratus peratus pada kali ini berbanding KONWANIS kali pertama dahulu.

Konvensyen kali ini bertemakan ‘Keluarga Sejahtera Dakwah Perkasa’. Tirai konvensyen dibuka dengan ucaptama Ketua Biro Wanita dan Keluarga ISMA, Puan Siti Khamnah Hashim yang menyatakan peri pentingnya kemantapan keluarga untuk memastikan kewujudan masyarakat yang diredhai Allah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Agenda diteruskan dengan pembentangan mengenai ‘Rumahtangga Dakwah’ dimana penceramah telah mengemukakan bagaimanakah cara untuk membentuk sebuah rumahtangga yang soleh, rumahtangga yang ahli-ahlinya mampu menjadi imam kepada orang-orang yang bertaqwa dan bertanggungjawab untuk berdakwah seterusnya berperanan dalam pembangunan ummah. Penyampaian yang begitu objektif dan tersusun ini telah disampaikan oleh Ustazah Norsoleha Mohd. Salleh. Slot seterusnya ialah tentang ‘Kesihatan dan Pemakanan’. Slot kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Zainon Yahya memperkatakan tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan wanita yang bergelumang dalam arena dakwah. Penceramah menekankan bahawa wanita da’ieyah perlulah sihat dalam seluruh aspek kehidupannya sama ada fizikal, mental, emosional dan spritual. Perbicaraan tentang kepentingan kesihatan ini diperkuatkan lagi dengan pembentangan selanjutnya bertajuk ‘Amalan Makan dan Pemakanan Yang Sihat’ yang disampaikan oleh Puan Shazamawati Zam Hashari.

Pada sebelah tengaharinya pula konvensyen diisi dengan slot Forum yang berbicara tentang ‘Komunikasi Berkesan’ yang dikendalikan oleh Puan Norakhilah Baharin dan Puan Wan Nor Azilah. Para panel forum telah menyentuh secara terperinci tentang komunikasi dalam keluarga iaitu dengan suami dan anak-anak. Penyampaian yang cukup menarik itu juga sarat dengan contoh-contoh serta pengalaman dari tokoh-tokoh zaman silam mahupun semasa, kaedah-kaedah yang praktikal serta ‘tips-tips’ yang menarik yang perlu dijadikan panduan oleh setiap keluarga.

 

Masa petang telah diperuntukkan untuk para peserta beriadhah dan beberapa program juga diatur untuk masing-masing saling mengenali antara satu sama lain. Malam Kesenian Dakwah mengisi slot pada malam itu dengan setiap kumpulan mempersembahkan kreativiti mereka berdasarkan tema KONWANIS kali ini. Program keeesokannya diteruskan dengan slot bengkel yang bertemakan ‘Aktiviti Tarbiyyah Dalam Keluarga’. Setiap kumpulan telah memberi input yang cukup baik dan pandangan-pandangan, saranan dan buah fikiran yang amat bernas yang dapat memberikan idea baru tentang banyak perkara khususnya untuk merealisasikan sebuah ‘Rumahtangga Dakwah’. Para peserta telah diberi kefahaman akan apa yang disampaikan oleh setiap kumpulan dengan lebih jelas dan tersusun.

Konvensyen diakhiri dengan ucapan penutup dari Presiden ISMA Ust Abdullah Zaik bin Abd.Rahman yang menyentuh tentang jatidiri yang perlu ada pada setiap ahli ISMA dan menekankan peri pentingnya ahli wanita untuk bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan misi dan visi ISMA. Beliau juga menyatakan penghargaan kepada ISMA Pahang kerana telah menjayakan KONWANIS kali ini dengan baik dan jayanya. Tirai konvensyen dilabuhkan pada jam 1.00 tengahari dengan bacaan doa rabitah oleh Pengarah KONWANIS kedua, Puan Norhayati Ahmad Salleh.

Sekretariat KONWANIS 2007

2 Respons

  1. assalamualaikum. saya adalah seorang doktor pakar sakit puan dan saya berbesar hati jika pihak biro wanita ingin untuk mengujudkan satu slot ‘wanita dan kesihatan’ supaya saya dapat menyumbang dgn menjawab jika ada persoalan2 dari ahli ttg masalah kesihatan wanita. moga kebaikan kesihatan wanita selaku isteri dan ibu dapat merealisasikan tema konwanis “keluarga sejahtera, dakwah perkasa”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: