Mahabbah Wanita ISMA ’07

Bandar Baru Bangi – Satu program khusus untuk ahli wanita ISMA bahagian Hulu Langat telah dianjurkan pada hari Sabtu,16 Jun 2007 yang lalu, bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu telah disertai oleh 39 orang ahli wanita ISMA kawasan.


Program yang julung-julung kalinya diadakan ini mengupas mengenai aspek “Fikh wanita terbilang dalam sejarah Islam”. Penceramah pertama iaitu Ustazah Norsaleha bt. Salleh telah membawa peserta-peserta untuk memahami perjalanan hidup Ummu Sulaim; seorang wanita terbilang di zaman Rasululullah SAW. Manakala penceramah kedua iaitu Ustazah Siti Zaharah membincangkan mengenai tafsir surah At-Tahrim yang menjelaskan mengenai peristiwa/kerenah 2 daripada isteri Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan kisah isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh serta kisah Asiyah isteri Fir’aun dan Maryam binti Imran.

Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta yang rata-rata seronok dengan topik kupasan serta bersyukur atas peluang untuk menjalinkan ukhuwwah di antara sesama ahli ISMA kawasan. Pihak penganjur berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, dan berharap agar ia menjadi titik-tolak untuk program seumpama ini pada masa akan datang, Insya-Allah.

Biro Wanita Hulu Langat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: