Perkhemahan Belia (Wanita) ISMA NS

 

Pada 12 & 13 Mei 2007 yang lalu bertempat di Kompleks Uniti Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan telah berlangsung Perkhemahan Belia (Wanita) ISMA Negeri Sembilan. Peserta seramai 23 orang terdiri dari para pelajar pelbagai IPT di Negeri Sembilan.

Perkhemahan seumpama ini adalah yang pertama diadakan di Negeri Sembilan dan mendapat maklumbalas yang memberangsangkan dari para peserta. Perkhemahan ini menggabungkan aktiviti luar dan juga pengisian berbentuk ilmiah.

Acara kemuncak ialah “Jungle Tracking” yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4 petang hari Sabtu. Pelbagai pengalaman baru yang dialami oleh para peserta antaranya pengalaman bersolat beralaskan dedaun hutan, menu makan tengahari yang serba sederhana dan banyak lagi penciptaan Ilahi yang bermakna ditemui sepanjang hampir setengah sehari berada di dalam hutan. Para peserta didedahkan kepada kepentingan menunaikan perintah Allah seperti solat walau dimana kita berada dan bagaimana sekalipun keadaan kita.

Pada malamnya telah diadakan sesi muhasabah untuk aktiviti tracking yang telah dilalui diikuti dengan pentomin ringkas oleh peserta tuan rumah yang amat menarik dan realistik untuk dijadikan iktibar kepada para peserta.

Keesokan harinya, selesai Qiamullail dan solat subuh, satu kuliah subuh yang mengupas ayat 208 surah Al Baqarah mengenai kepentingan untuk kita mengambil Islam secara ‘syumul’ telah disampaikan oleh Naib Presiden ISMA Ust Abdul Halim Abdullah. Sesi seterusnya ialah penyampaian Ustazah Razidah bt Adam bertajuk “Jalan Yang Telah Dilalui” telah berjaya mencelikkan mata para peserta dengan kupasan-kupasan dan contoh-contoh relevan yang memberikan kesan mendalam kepada para peserta. Perkhemahan berakhir jam 1.00 petang.

Besarlah harapan penganjur agar kesedaran tentang peranan sebagai mahasiswa yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini terus subur dan mampu membuahkan amal di masa depan.

Akhma Deena Khalid,
Timb. Pengarah,
Perkhemahan Belia (Wanita) ISMA Negeri Sembilan 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: