PEMBENTUKAN GENERASI PEWARIS

Pentarbiyahan bermula dari rumah lagi, melahirkan seorang dai’e bukanlah merupakan kerja yang mudah. Ianya menuntut pengorbanan yang amat besar bermula dari sebelum sesebuah rumahtangga itu dibina lagi. Halatuju yang jelas merupakan perkara asas yang perlu dibina di dalam sesebuah rumahtangga itu sendiri. Proses ke arah merealisasikan ketuanan islam di muka bumi ini bakal tercapai dengan terlahirnya binaan-binaan yang kukuh ini.

Generasi pewaris yang unggul sememangnya menjadi idaman setiap ibu dan bapa. Namun begitu adakah cukup hanya dengan menyediakan segala keperluan mereka seperti pakaian, tempat tinggal yang selesa, persekolahan dan kemewahan mampu merealisasikan hasrat kita ini? Ketahuilah sesungguhnya anak-anak merupakan kain putih yang bersih, kitalah yang mencorakkan mereka samaada menjadi majusi, nasrani ataupun islam. Perancangan awal dalam sesebuah rumahtangga amatlah penting dalam memastikan pewaris agama ini di kalangan mereka yang bakal memperjuangkannya dengan segala-galanya yang dimiliki.

Peranan yang perlu dimainkan oleh seorang isteri mahupun suami perlu dibincangkan bersama diperingkat awal perkahwinan lagi. Bagaimanakah keluarga yang diinginkan? Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam memastikan diri masing-masing serta anak-anak kemudiannya berkeperibadian dai’e dan sentiasa bangga untuk memikul tugas sebagai seorang dai’e? Harapan-harapan yang sering kita pohonkan di dalam doa-doa kita agar tuhan mengurniakan kepada kita pasangan serta anak-anak yang bakal menjadi penyejuk mata kita insyaallah bakal dipermudahkan lagi dengan terlaksananya perancangan-perancangan tersebut.

Mengapakah tidak cukup dengan hanya menghantar anak-anak kita ke sekolah-sekolah yang bercirikan islam bagi melahirkan keperibadian yang unggul ? Mengapakah perlu dilakukan usaha-usaha tambahan selain didikan di rumah dalam mendidik anak-anak memahami tanggungjawab serta realiti hidup di hari ini ? Alihkan pandangan kita sejenak kepada realiti masyarakat pada masa kini, nescaya akan kita temui jawapannya.

Setiap saat yang dibiarkan kosong, maka syaitan akan berusaha memasukinya. Sehubungan dengan itulah kita perlu sentiasa menyediakan diri serta anak-anak kita dengan bekalan-bekalan iman sedari mereka kecil lagi. Diajar mereka ayat-ayat suci Al-quran, didendangkan alunan kenabian serta sirah para nabi di peringkat mereka masih bayi lagi. Dibiasakan dengan amalan-amalan sunat serta yang wajib apabila mereka sudah mula boleh memahami dan menuruti. Dibawa mereka berfikir tentang keagungannya serta realiti kehidupan dan masyarakat sehari-hari. Menjadikan mereka anak-anak yang sentiasa berfikir.

Disamping itu diajarkan juga kepada mereka sifat-sifat mahmudah serta erti tanggungjawab menerusi amalan berjadual serta pembahagian tugas di antara adik-adiknya. Dieratkan perhubungan serta perkongsian permasalahan dan pemberian pedoman hidup menerusi usrah mingguan, tasmi’ Al-quran bersama serta sembahyang berjemaah. Meluangkan sedikit masa dan mengambil tahu berkenaan kegiatan seharian dan diri anak-anak walau sesibuk manapun pekerjaan ibu dan bapa. Sekurang-kurangnya salah seorang dari pasangan mengambil tahu urusan seharian anak-anak seandainya pasangannya tidak berkesempatan dan kemudiannya dikhabarkan kepada pasangannya itu diwaktu lain agar mereka berdua sentiasa dekat di hati anak-anak.

Contohilah tokoh-tokoh pejuang islam yang telah pergi dan menunaikan janjinya dengan Allah. Biarpun begitu sibuk dengan tugas sebagai da’ie sehinggakan dikatakan bahawa kerja yang mereka lakukan lebih banyak dari masa yang ada, namun pengabaian didikan mereka terhadap rumahtangga terutamanya anak-anak tidak sekali-kali berlaku. Malah mereka didapati lebih unggul lagi berbanding generasi hari ini dalam mentarbiyah anak-anak sebagaimana As-syahid Imam Hasan Al-Banna serta Dr. Abdullah Azzam. Dengan usaha kita yang berterusan serta tidak mengenal jemu ini semoga Tuhan menggolongkan kita ke dalam golongan tenteranya yang terus berjalan di setiap kurun dalam menegakkan ketuanan islam di muka bumi ini serta meraih syurganya. Amin. Wallahua’lam.

Asma’
Biro Wanita ISMA

2 Respons

  1. […] Asma’ Biro Wanita ISMA […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: