Program Persiapan Menyambut Ramadhan 1428H

“Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin”

Tarikh : 19 – 26 Rejab (Menyedarkan Hati)
Aktiviti :- Fokus minggu ini ialah untuk mengembalikan kestabilan jiwa berikutan cuti panjang dengan perkara berikut:

  • Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.
  • Tilawah Al-Quran dan cuba mengkhatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan.
  • Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.
  • Berfikir tentang kejadian makhluk Allah.
  • Muhasabah diri tentang pencapaian tahun lepas.
  • Doa semoga Allah bantu kita thabat dalam melakukan keta’atan. Ini merupakan masa yang cukup baik untuk kita meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Teruskan membaca