Semarak Ramadhan 2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Apabila malam pertama Ramadhan menjelang, syaitan dan para pelampau jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka, pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satupun yang ditutup. Si tukang seru menyeru: Wahai pencari kebaikan! Ayuh maju. Wahai pencari kejahatan! Ayuh berhenti”.

[Diriwayatkan oleh at-Tirmizi]

“Ramadhan telah tiba kepada kamu. Ia bulan berkat yang dilimpahkan oleh Allah untuk kamu. Di dalamnya, Dia menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan, mengqabulkan doa, menonton persaingan kamu dalam kebaikan dan berbangga dengan kamu di hadapan para malaikatNya. Lantaran itu, tunjukkanlah kepada Allah kebaikan diri kamu. Orang yang malang ialah sesiapa yang tidak memperolehi rahmat Allah ‘Azza wa Jall”

[Diriwayatkan oleh at-Tobroni]

Marilah kita berazam semoga madrasah Ramadhan tahun ini akan melahirkan GRADUAN yang bertambah dan meningkat ketaqwaannya. Insya Allah.