Kehidupan singkat dan kematian yang panjang.

Bidang perubatan telah berkembang pesat selepas selepas dunia memasuki abad kedua puluh dan terus maju dalam abad kedua puluh satu ini. Penemuan baru cara mengesan penyakit dan merawat pesakit telah memanjangkan jangka hayat manusia kepada hampir sekali ganda berbanding dahulu.


Jika kita perhatikan zaman atuk dan nenek kita di Malaysia pada awal tahun 1900 hingga pertengahan abad tersebut, kebanyakan penyakit yang diceritakan oleh mereka adalah penyakit berjangkit seperti batuk kering, diphtheria, jangkitan kulit, radang paru-paru, dan taun. Namun dengan kemunculan antibiotic, cerita-cerita penyakit berjangkit telah berkurangan dengan ketara. Tiada lagi cerita kanak-kanak berkudis berlari mengelilingi kampung, perut buncit kerana cacing atau demam cacar. Jika adapun peratusannya adalah kecil. Malaysia bertambah sihat ? Benar daripada aspek tersebut. Namun kini perbincangan kita jika bercerita tentang penyakit telah berubah kepada topik yang secara umumnya dikenali sebagai penyakit degeneratif kronik termasuklah, kanser, strok, kencing manis, sakit jantung koronari, sakit buah pinggang, Alzheimer, dan Parkinson. Malah bukan sesuatu yang asing jika seorang pesakit mengidap lebih daripada dua penyakit dalam satu masa. Penyakit dua dalam satu atau kombinasi tiga serangkai seperti kencing manis dan kegagalan buah pinggang, atau darah tinggi dan strok ditambah dengan bonus sakit jantung bukanlah sesuatu yang jarang kedengaran. Malah ubat yang diambil hampir sama banyak dengan nasi yang dimakan setiap hari. Maaf, agak keterlaluan ayat tersebut, tetapi polifarmasi atau pelbagai ubat untuk satu-satu penyakit telah menjadi kebiasaan. Bayangkan jika seseorang mengidap dua atau tiga jenis penyakit dalam satu masa untuk sepuluh hingga dua puluh tahun. Berapa banyak ubat yang diperbuat daripada bahan-bahan kimia yang terpaksa ditelan ? Selain daripada kematian akibat kemalangan jalanraya yang kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia, kerap kedengaran adalah kawan-kawan atau ibu-bapa kita meninggal dunia kerana salah-satu daripada penyakit di atas. Kematian bukan sahaja disebabkan penyakit-penyakit tersebut tetapi akibat kesan sampingan ubat-ubat yang dimakan dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang panjang. Inilah yang dikatakan penawar yang dicari, racun pula jadinya. Kenapa semua perkara ini berlaku ?

Tidak dinafikan ekoran perkembangan dan kemajuan bidang perubatan jangka hayat penduduk dunia dan Malaysia telah bertambah. Jika moyang kita dahulu hidup sehingga pertengan umur, kita mungkin mampu hidup hingga tiga suku abad. Secara purata jangka hayat lelaki Malaysia ialah 71 tahun dan wanita pula 73 tahun. Namun lebih daripada separuh warga emas Malaysia hidup dengan bergantung kepada ubat-ubat dan mesin-mesin bantuan hayat. Jika diperhatikan sijil kematian kini hampir tiada penyebab kematian dinyatakan sebagai mati sakit tua. Strok berdarah, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, pelbagai jenis kanser daripada kanser otak kepada kanser kulit, menjadi penyebab kematian utama yang tertera di sijil-sijil kematian pada zaman ini. Itulah yang saya maksudkan kita hidup terlalu singkat dan telah meninggal lama sementelah masih bernyawa kerana kualiti kesihatan yang buruk .

Saya rasa anda bersetuju jika saya nyatakan kehidupan tanpa kualiti kesihatan yang baik dalam jangka masa yang lama adalah kehidupan yang kurang bermakna. Hari-hari emas selepas berumur lima puluh tahun atau kita kenali sebagai zaman persaraan yang sepatutnya dinikmati selepas penat 30 puluh tahun bekerja telah berubah menjadi penjara yang tidak bergerigi kepada banyak penduduk Malaysia. Selain terpaksa menjadi pengunjung tetap klinik dan hospital dan menelan ubat-ubat pahit, pesakit-pesakit kronik dan degeneratif terpaksa bertarung dengan diri sendiri untuk mengekalkan emosi yang stabil. Kemajuan perubatan juga membawa bersamanya kos yang tinggi. Malang bagi seorang pesakit yang terpaksa melawan penyakit dan pada masa yang sama membayar kos yang tinggi untuk rawatan dan ubat. Ini tidak termasuk masa yang terpaksa dihabiskan untuk rawatan, berulang-alik ke klinik dan kemasukan wad. Lebih mendukacitakan pesakit-pesakit tersebut pada setiap kali berjumpa dengan doktor, sekadar yang diberitahu adalah keadaan penyakit yang semakin teruk dan tiada ubat yang boleh menyembuhkannya, sekadar melambatkan kemudaratannya atau merawat simptomnya sahaja.

Adakah cara yang lebih baik mengatasi masalah kesihatan ini ? Insya Allah kita berjumpa lagi dengan apa yang dimaksudkan dengan tindak balas sel dengan pencegahan penyakit.

* dipetik dari Buletin Ikatan

Dr Nujaimin Udin
Registar Bedah Otak dan Saraf.

Satu Respons

  1. Polypharmacy’d be attractive to have some brief response from me.
    Sekadar yg diberitahu antara puncanya ialah:-
    1. Most of the drugs tend to be used to cure the symptoms, rather than generally have holistic treatment to particular disease. We need holistic recipe of medicine (including possibly from our own product) to treat the disease besides releasing some significant effect of annoying sickness.
    2. A Malaysian physician supposed to diagnose for the long-term disease in quantitative manner such as using some calculation to predict certain effect related to dosage to be prescripted, rather than just rely on experiential pratice. By this account – nampaknya sgt berjaya di negara2 maju. Pemberian controlled medicine such as antibiotics sangat teliti.

    Skadar berkongsi pndgn sbg kawan lama, tidak bermaksud utk sbrg percanggahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: