Kunjungan Mahabbah dari Pattani

Bandar Baru Bangi, 28 Disember – Pejabat ISMA Pusat telah menerima kunjungan Mahabbah dari 11 orang deligasi daripada Wilayah Petani, Thailand. Seramai tiga orang tetamu lelaki yang bertindak sebagai pengiring dan lapan orang tetamu wanita telah memeriahkan majlis mahabbah pada hari yang penuh barakah tersebut.


Para tetamu telah disambut oleh Ketua Wanita ISMA Puan Siti Khamnah bt. Hj. Hashim dan jawatankuasa wanita ISMA beserta ahli-ahli wanita yang lain.

Turut bersama dalam sambutan tersebut ialah Presiden ISMA Ust. Abdullah Zaik bin Abd. Rahman.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Puan Siti Khamnah selaku wakil tuan rumah pada hari itu dan diikuti dengan majlis perkenalan antara para deligasi dengan wanita-wanita ISMA. Para deligasi juga telah diperkenalkan dengan profil ISMA dan aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh wanita ISMA seperti KONWANIS, Usrah Keluarga, Program Aulad dan Program Kewanitaan dan kekeluargaan di seluruh Malaysia. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata dan bahan-bahan bacaan serta cakera padat kepada wakil deligasi Petani.

Pada masa yang sama wakil delegasi lelaki juga telah mengadakan sesi muzakarah ringkas bersama Presiden ISMA dan juga Ust Muhammad Fauzi Asmuni selaku Sekretariat Perhubungan Luar Negara.

Para deligasi melahirkan rasa bersyukur dan seronok yang teramat sangat di atas sambutan hangat yang telah mereka terima dari tuan rumah, “ raso mace duk Malaysia, lupo skejap kito ore Ttani”. Para deligasi juga telah dihidangkan dengan satay kajang, rojak berkuah dan kuih muih tradisional dan moden.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: