Sufiah Yusof suatu pengajaran kepada masyarakat

Keghairahan masyarakat kita yang terlalu mengutamakan pendidikan akademik kepada anak-anak serta mengabaikan pendidikan dan pegangan agama amat membimbangkan.

Peristiwa Sufiah Yusof, seorang genius matematik yang terjebak ke kancah pelacuran seharusnya membuka mata masyarakat bahawa kejayaan dan kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi bagi membentuk individu dan masyarakat yang berakhlak.

Masyarakat Malaysia rata-rata terkejut, sedih, dan kecewa dengan berita itu yang memenuhi di dada akhbar baik dalam mahupun luar negeri. Insiden yang memalukan ini terus mendapat maklumbalas semua pihak dan nampaknya seperti isu-isu lain ia akan berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian.

Tidak salah untuk memberi pendidikan akademik kepada anak-anak dan kebanyakan ibu bapa memberi penekanan lebih kepada akademik seperti menghantar anak ke kelas tuisyen tambahan, kelas Bahasa Inggeris dan memantau perkembangan akademik anak mereka dengan serius sekali. Apabila prestasi akademik anak-anak merosot mereka mula bimbang dan mencari pelbagai kaedah dan cara untuk mengatasinya.

Salah satu sebab keruntuhan moral dan akhlak anak-anak sekarang adalah kurangnya bimbangan dan pegangan agama yang lemah. Ibubapa yang sibuk dengan pelbagai urusan dan keletihan apabila berada dirumah sudah pasti tidak dapat memberi bimbingan dan penghayatan agama kepada anak mereka. Mungkin ada yang beranggapan pendidikan yang diperolehi di sekolah agama sudah memadai untuk membentuk anak mereka.

Anak-anak sebenarnya memerlukan bimbingan dan nasihat yang berlandaskan agama secara langsung daripada ibubapa mereka dan itulah antara kaedah yang berkesan. Suasana kekeluargaan Islam perlu dimantapkan dan anak-anak perlu menjiwai suasana itu. Anak-anak perlu memahami apa perkara yang baik dan buruk mengikut landasan agama dan ibubapa akan menjadi suri tauladan kepada mereka. Program usrah keluarga, solat berjemaah, qiyamulail dan riadah akan menjadi sumber kekuatan individu dan keluarga.

Apa yang berlaku pada Sufiah, sudah pasti ada kepincangan dan kesilapan yang perlu direnungi dan diambil pengajaran oleh kita agar ia tidak berulang kembali.

Satu Respons

  1. Fact correction – Sufiah is a British citizen, the only person holding Malaysia citizenship is her mother and she is a permanent resident of Britain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: