ANAKKU DEGIL??

” Buai laju-laju sampai pucuk atap
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab… “

Demikianlah puisi harapan yang sangat masyhur di kalangan kita orang Melayu. Ungkapan yang mengandungi doa, harapan, dan motivasi seorang ibu atau ayah terhadap anaknya yang masih bayi. Mencitakan agar anak membesar sebagai cerdik pandai dan ilmuan, menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.

Namun tidak semudah itu dalam kita mentarbiyyah anak menelurusi usianya tahap demi tahap, kerana dalam masa yang sama insan kecil ini juga menjadi ujian kepada ibu bapanya. Menguji kesabaran ibu bapa menghadapi kerenah mereka. Antaranya ialah perangai si anak yang sering bersikap degil, keras hati dan seumpamanya. Bagaimanakah sebaiknya untuk kita melentur buluh yang masih rebung ini??

Di sini dapat kiranya kita kongsikan bersama dan praktikkan beberapa tip berguna yang telah disunting dari laman web Islam online , semuga kita mendapat menfaat darinya.

PERTAMA : Sediakan persekitaran yang sesuai untuk menyelesaikan masalah, mulakan dengan berbincang suami isteri , buat persetujuan terhadap langkah-langkah dan taktik untuk berinteraksi dengan anak yang mana boleh di ringkaskan seperti berikut :

Elakkan :

  • Percanggahan pendapat antara ibu bapa terhadap arahan dan larangan yang di keluarkan untuk anak.
  • Tidak terlalu banyak komen terhadap tindak tanduknya [ seperti ini betul ini salah, ini boleh ini tak boleh].
  • Kurangkan daripada selalu memberi arahan dan larangan.
  • Hendaklah ketika memberi arahan anda berada di tempat yang sama dengan anak , iaitu tidak menyuruh anak sesuatu ketika anda di satu tempat dan anak di tempat lain, tetapi hendaklah anak tersebut berada di depan anda.
  • Arahan yang diberi itu haruslah satu persatu bukan terlalu banyak . [tidak memberi arahan kepada anak kecuali satu atau dua perkara dalam satu masa .
  • Arahan tersebut mestilah jelas, tepat dan di fahami oleh anak supaya dia mampu melaksanakannya .
  • Tidak terlalu memarahi anak apabila ia membuat kesalahan. Apabila anda tidak nampak anak anda melakukan kesalahan janganlah menuduhnya bersalah atau memaksanya mengaku bersalah. Tetapi jika anda memang melihatnya maka tegur dan nasihati dengan cara yang betul serta menjelaskan keburukan perbuatannya itu.
  • Elakkan dari anak merasakan bahawa kedua ibu bapanya tidak mampu untuk menghadapi perangainya.. Sebaliknya rasakan kepada anak bahawa anda mampu dan mempunyai kekuatan serta ketegasan, dalam masa yang sama tunjukkan kelembutan dan kasih sayang kepadanya. Kerana bagi anak-anak yang degil ia mempunyai tanggapan bahawa dia mampu untuk mengalahkan semua orang dalam tindak tanduknya dan tidak mahu tunduk kepada sesiapa pun.

LAKUKAN :

  • Sentiasa di nasihatkan kepada ibu bapa agar mengadakan hubungan positif dengan anak-anak, kerana ia adalah asas dalam mendidik hak persamaan dan kesejahteraan. Elakkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak, bermainlah bersama mereka, rancangkan perjalanan atau melancung. Berikan masa khas untuk bersama setiap anak-anak secara individu bagi membincangkan masaalah yang khusus untuk dirinya. Seperti juga membawa mereka keluar bergilir-gilir untuk membeli belah . Ibu bapa perlu memahamkan anak-anak mereka bahawa institusi kekeluargaan itu perlu diteguhkan secara bersama, dalam masa yang sama memahamkan mereka bahawa setiap orang mempunyai identiti dan syahsiyyahnya yang tersendiri yang perlu diberikan perhatian.
  • Berbual secara individu dengan anak banyak membantu untuk merubah perangai dan akhlaq mereka, namun berhati-hatilah agar perbincangan tidak hanya berkisar pada tajuk akhlak atau seumpamanya sahaja, namun biarlah ia luahkan apa saja ., jangan memberi komen betul atau salah atau cuba mencelah-celah biarkan sehingga ia selesai bercakap. Apabila selesai barulah di perbetulkan apa yang salah atau diberi bimbingan, cuba selesaikan masaalah anak dengan cara yang tabii.
  • Tumpukan perkara positif yang anak anda miliki, saya yakin anda akan mendapati banyak kebaikannya walaupun terpaksa menelitinya sifat dan perangainya. Cuba berikan pengukuhan terhadap sikapnya yang positif itu, dan berikan penghargaan (banyakkan penghargaan berbentu maknawi dari penghargaan bentuk material)
  • Berikan kerja-kerja rumah yang tertentu kepada anak, seperti tanggung jawab mengemas katilnya sendiri dan katil adiknya, atau menyusun pinggan mangkuk yang telah dicuci atau membeli barang-barang keperluan dapur yang mudah, yang boleh di bahagi-bahagikan tanggung jawab tersebut antara mereka.

Akhir kata semuga tip tip di atas akan membantu sesiapa sahaja yang terlibat dengan pendidikan anak-anak dan berjaya memberi kebaikan untuk anak-anak itu sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: