STATUS WANITA DI SISI ALLAH

1_663572007l1

 SIAPA WANITA..???

Firman Allah swt maksudnya :

“ Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatanya, dan laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. “

[Al Ahzab : 35 ]

Suatu ayat yang tersusun beraturan tentang keimanan, apakah ia khusus bagi laki-laki sahaja?? Tidak!!

Apakah ampunan dan pahalanya khusus untuk para lelaki ??                                                             

jelas tidak!!

…. Adakah orang yang merasakan bahawa mereka di bezakan ??

Itulah pandangan Islam yang luhur terhadap kaum wanita yang disiplin menjalankan perintah agamanya dan bertaqwa kepada Allah , penciptanya.

 Ketika Allah menempatkan Adam A.S dan Hawa di syurga, apakah Dia membezakan tempat dan kurniaNya antara Adam a.s dan Hawa??

Firman  Allah :

  Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu disyurga ini dan makanlah makanan yang ada dengan puas sesuka  hati kamu berdua, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, supaya kamu berdua tidak tergolong orang-orang yang zalim.

[ Al Baqarah : 35]

 # Apakah kelas syurga dan kurnia yang diberikan kepada Adam a.s dan Hawa itu dibezakan?

#Apakah larangan mendekati pokok hanya diberikan kepad Adam sahaja, tidak kepada Hawa, atau kepada kedua-duanya?

Ummu Salamah ummul mukminat r.a  iaitu salah seorang dari isteri Rasulullah saw yang di cintai pernah mengajukan persoalan kepada Rasulullah saw :

“ Wahai Rasulullah aku tak pernah mendengar Allah menyebut sesuatu tentang An nisa’ [wanita] dalam hijrah? “  Lantaran itu Allah azza wajalla telah menurunkan ayat :

“ Maka Allah telah memperkenankan permohonnya [dengan berfirman] , “ sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, [kerana] sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya , yang disakiti pada jalan-Ku , yang berperang dan terbunuh, pasti Aku akan hapuskan kesalahan mereka dan pasti Aku akan hapuskan kesalahan mereka dan aku pasti akan masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai, sebagai ganjaran dari Allah. Sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang baik.

[ Ali imran : 195 ]

Begitu tinggi  keperihatinan  para muslimah di zaman awal Islam dan tinggi cita-cita mereka. Mereka memiliki sifat cemburu dan berlumba-lumba dalam agama , ingin  mencapai darjat yang sama seperti  lelaki di sis Allah swt.

Ayat di atas jelas meletakkan wanita di tempat yang istimewa , mereka mempunyai peranan yang besar di dalam agama dan masyarakat.

Dalam firman Allah yang lain pula ;

و من يعمل من الصالحات من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فاولئك يدخلون الججنة ولا يظلمون نقيرا

Maksudnya : Dan barang siapa yang melakukan amal soleh dari kalangan laki-lakai dan waanita dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak di zalimi sedikit pun.

[ An Nisa’ : 124 ]

Dan juga Nabi saw perna bersabda :

اذا صلّت المرأة خمسها وصامت شهرها وحفظت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها أدخلي الجننة من أى أبواب الجنة شئت

Maksudnya : Apabila seorang wanita itu menunaikan solat lima waktunya, menunaikan puasa ramadhannya, menjaga farajnya dan mentaati suaminya , akan di katakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang engkau sukai.

[ Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tobrani ]

Wahai, kaum wanita muslimah !..

Kalian bukan barang  taruhan dan bukan makhluq yang di abaikan , seperti yang dikehendaki oleh musuh-musuh  Islam, untuk memburukkan kedudukkan wanita, menghina kehormatan dan menjatuhkan maruah wanita melalui berbagai cara.

Asy Syahid Sayyid Qutb pernah berkata :  

Bahawa mengakui keagungan Allah, bererti juga menambah nilai keagungan dirinya sendiri.

Lantaran itu untuk  memahami  agama Islam yang suci ini seharusnya di mulakan dengan penanaman aqidah yang mantap didalam hati. Agar aqidah yang benar itu akan memancarkan terjemahannya melalui akhlaq dan cara hidup.

Rasulullah saw telah berjaya mendidik masyarakat Mekah yang telah sekian lama berada dalam zaman jahiliyyah dangan menanamkan aqidah Islam ,  mengajar mereka kepada pegangan ketuhanan yang betul – tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah. 

Semakin kita kita mengenali Allah tuhan yang sebenar , semakin sayang kepada agama ini. Hati menjadi lembut untuk menunaikan perintahNya dan merasa takut kepada laranganNya.  Perkara ini telah di buktikan oleh para sahabat dan sahabiat di zaman Rasulullah sehingga mereka sanggup bekorban apa sahaja , harta dan nyawa demi Islam.

Semuga wanita yang semakin cerdik dan terpelajar di zaman serba canggih ini akan semakin memahami  agama ini .

 

2 Respons

  1. […] 20, 2009 at 9:37 am · Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan.. – diambil daripada blog Wanita ISMA dan ISMA Australia dalam artikel bertajuk Status Wanita di sisi Allah […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: