BENGKEL SEVEN HABITS

pictures-0162

Pada 29 – 30 november 2008 yang lalu Bengkel Seven Habits telah di adakan di pejabat Isma, Bangi, selangor Darul Ehsan. Sambutan menggalakkan daripada wanita Isma yang dijemput daripada seluruh Malaysia. Program selama dua hari satu malam dimusim cuti persekolahan ini dapat di menfaatkan untuk menimba pengtahuan, bertukar-tukar fikiran dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli. Bengkel dua hala antara moderetor dan para peserta menghidupkan lagi suasana.

Bengkel ini bertujuan untuk membuka minda wanita kepada teori kecemerlangan sebagai seorang pemimpin. Walaupun bengkel ini mengupas buku yang ditulis oleh seorang warga negara Amerika yang beragama keristian – Stephen Covey – namun tidak salah untuk dimenafaatkan oleh sesiapa jua.. malahan ia telah diterjemahkan ke dalam 15 bahasa termasuk bahasa Malaysia. Bagi orang Islam setiap yang berharga itu adalah sesuatu yang telah hilang daripada mereka , maka di mana saja ia mendapatinya maka ia berhak untuk memilikinya.

Buku ini amat menarik untuk diketahui isinya kerana ia berkisar disekitar proses pembangunan dan perkembangan peribadi serta interpersonal. Namun proses tersebut bukanlah proses yang singkat atau berkala. Proses yang mesti dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan kesan terbaik.  Perlukan kesabaran dan pengorbanan. Melalui usaha ini juga seseorang itu berkemampuan mencapai matlamat peribadi atau profesional, membina hubungan profesional dengan rakat sejawat mau pun membina hubungan dengan orang yang disayangi.

Secara keseluruhannya Seven Habits adalah membicarakan tentang kuasa anjakan paradigma, mengajak kepada sifat pro aktif , efektif dan mendahulukan yang utama [aulawiyat]. Ringkasnya perbincangan 7 habit yang diperkatakan itu terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu : habit 1,2 &3 berkait dengan penguasaan diri. habit 4, 5 & 6 menyentuh kerja berpasukan, kerjasama dan komunikasi. Akhir sekali habit ke 7 adalah sikap perbaikan secara berterusan. Selain itu satu penambahan iaitu habit ke lapan boleh kita wujudkan iatu : sampaikan kepada orang lain. Kerana tabiat dakwah ini adalah menyampaikan .

Semuga bengkel ini akan melonjakkan amal dakwi di era golbalisasi yang penuh cabaran ini. Kita perlu merasakan bagaimana kuasa  anjakan paradigma [ the power of a paradigm shift ] ini .  Kita tidak boleh selamanya berada di takuk lama dengan cara lama, kerana kita bimbang kita menjadi katak  di bawah tempurung yang tidak mengerti segala yang berlaku diluar sana apatah lagi untuk menyumbang sesuatu. demikian juga halnya  katak yang lemah tidak mustahil akan diperdayakan dan dikalahkan oleh seekor lalat yang cerdik dan optimis sedangkan selama ini kaum lalat  adalah spesis yang sering menjadi santapan sang katak..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: