JAULAH QUDAMA’ PEMBINA MELAKA 2009

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan dalam kenangan.

Tiada lafaz terima kasih yang lebih baik selain doa mampu diucapkan oleh akhawat-akhawat PEMBINA negeri Melaka kepada barisan qudama’ dan akhawat negeri Sembilan yang sudi menerima kunjungan kami dalam Program Jaulah Qudama’ PEMBINA akhawat Melaka pada 7 Januari 2009.

Pagi Sabtu itu menjadi saksi kesungguhan dan komitmen 35 orang akhawat PEMBINA yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka dan Tangkak Johor. Dengan menaiki sebuah Naza Ria, 2 buah Unser dan 4 buah kereta, kami berkumpul di Hentian Sebelah Pedas Linggi seawal jam 8.30 pagi. Selepas mendengar sedikit amanat dari Pengarah Program, pembahagian kereta dan wajibat, semua kereta bergerak menuju ke Pejabat ISMA Negeri Sembilan.

Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra oleh Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan, Ustazah Norlida Kamarudin. Kami dijamu dengan mee goreng dan kuih pau. Seterusnya, Ustazah Norlida menyampaikan satu pengisian yang begitu menyentuh jiwa bertajuk “Gaza…Generasi Yang Kita Harapkan.” Sesungguhnya masyarakat Gaza adalah masyarakat contoh dan mereka mempamerkan bukti keajaiban iman. Selepas itu, Setiausaha PEMBINA Negeri Sembilan, Ukhti Suria Irdayu pula memberikan sedikit perkongsian amal mengenai aktiviti-akiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh PEMBINA Negeri Sembilan insyaAllah.

Kami bergerak meninggalkan Pejabat ISMA Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengahari menuju ke rumah Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kehadiran kami disambut oleh Ustazah Fariza dan kami terus dijamu dengan makanan tengahari. Ayam masak lemak cili api, ikan cencaru bakar, sayur kangkung, air asam dan acar buah begitu menyelerakan sekali. Selepas menjamu perut, kami disajikan pula dengan hidangan jiwa oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah dengan resepi “Kepentingan Tarbiyyah”. Pengisian yang bersahaja dan santai begitu menarik minat para peserta jaulah.

Selepas sesi bergambar beramai-ramai, kami bergerak menuju ke rumah qudama’ seterusnya iaitu Dr. Zainon bt. Yahya , Ketua wanita Isma Seremban. Sesi perkongsian pengalaman di rumah Dr.Zainon berlangsung dalam suasana yang penuh mahabbah. Kami bagaikan telah lama mengenali Dr.Zainon walaupun ada di antara kami yang baru pertama kali bertentang mata dengan beliau. Itulah yang dikatakan hubungan roh yang terjalin di antara akhawat.

Kami meninggalkan Negeri Sembilan kira-kira jam 6.00 petang dan tiba di Melaka satu jam kemudian. Diharapkan perjalanan yang singkat ini akan memberi satu kesan yang mendalam dalam jiwa-jiwa pemudi dalam melengkapkan proses tarbiyyah masing-masing. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran sebaik-baiknya dari Allah swt.

tn3

tnd4tnsa5Disediakan oleh,

Siti Affiza Mohammad,

Pengarah Program,

Jaulah Qudama’ PEMBINA Melaka 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: