PELANCARAN NAZIM : KELAB ASYBAL WA ZAHRAWAT

asybl-zhrwt

Alhamdulillah.. Nazim telah selamat dilancarkan . Nazim ,  ringkasan dari perkataan Nadi Asybal wa Zahrawat Isma Malaysia  sempena AGM ISMA ke 11 pada 31 januari 2009 yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh Timbalan Presiden ISMA Ust.Abd Halim Abdullah. Semuga kelab ini akan bangkit se- gah dan seharum namanya.

Asybal bererti anak singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak laki-laki. Manakala zahrawat ialah kuntuman bunga-bunga yang mekar di taman yang sejuk mata memadang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Dengan terjemahan lain kelab ini boleh juga di jolokkan sebagai kelab simba dan jasmin Malaysia.

Visi kelab ini ialah “Melahirkan Generasi Pelapis Untuk Mendokong Dakwah Islam Di Malaysia “. Lantaran itu ia akan sedaya upaya di capai melalui misinya :  ” Membina Syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. “

Kelab ini mempunyai objektif yang jelas , iaitu ;

– Memupuk perasaan cinta kepada Allah dan Rasul serta ibunbapa.

– Membentuk sifat berani dan keterampilan

– Melatih kemahiran bersosial

– Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendodong fikrah Islam yang syumul.

Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang Muslim.

Kelab ini terbuka kepada anak-anak berumur 6 -12 tahun . Pelbagai aktiviti in-door  diadakan sepanjang tahun termasuklah tilawah & hafazan, public speaking, kem solat, kembara ruhi, kraftangan, pengurusan diri, pertahanan diri, bumi hijau dan bercerita.

Tidak kurang menariknya acara out door seperti berenang, rehlah, motivasi, kem jati diri, sukan dan eksplorace.

Anak-anak bagaikan kain putih, lantaran itu sama-samalah kita mencorakknnya. Semuga Allah akan mempermudahkan urusan mendidik anak-anak  ini dan menjadikan mereka pejuang Islam di masa hadapan…Amin. Kepada ibu bapa yang berminat untuk sila hubungi ISMA kawasan yang berhampiran di seluruh negara.

dsc_9690large

2 Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: