KUALA LUMPUR-11 Mac. Berlansungnya Konvensyen Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) yang bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby menghimpunkan wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi, wakil-wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Biro Wanita Isma WANIS turut dijemput untuk menghadiri konvensyen tersebut.
Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Senada ingin mengadakan satu pelan tindakan yang akan dikemukakan kepada kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya dan ini memerlukan pungutan suara di bawah Senada. Datuk Seri Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial berkata isu ketidakadilan yang dibangkitkan oleh wanita, bukan disebabkan syariat dalam Al-Quran dan hadis tetapi cenderung kepada aspek prosedur dan bidang kuasa yang diberi kepada pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.
Di akhir program ini, 3 sesi perbincangan diadakan secara berasingan dalam bentuk bengkel. Bengkel agama, perundangan Islam dan sosial dan kebajikan. WANITA ISMA (WANISMA) telah memilih untuk menyertai bengkel sosial dan kebajikan. WANISMA yang diwakili oleh Ketua Wanita Pusat iaitu Ustazah Nor Saleha telah mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan dalam bengkel ini. Perbincangan ini juga disertai oleh LPPKN, JKM, Persatuan Ibu Tunggal, Sister In Islam, Institusi Sosial Malaysia dan beberapa Agensi Kerajaan dan NGO lain.
Penglibatan WANISMA dalam aktiviti ini, telah memberi peluang untuk menjalinkan hubungan dengan jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. WANISMA menerima respon yang baik dari peserta-peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang.
Filed under: Berita Wanita, Makluman | Leave a comment »