PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS DI GIANT

Sempena bulan Maulidur Rasul dalam bulan Rabiul Awal berbagai program dan aktiviti di adakan di sana sini oleh masyarakat Islam di Malaysia. Berbagai pihak yang menganjurkannya seperti surau, masjid, sekolah, pertubuhan-pertubuhan dan seumpamanya.

Pada 28 feb 2009 yang lalu satu pertandingan mewarna dan melukis  telah di adakan di Giant Senawang , Negeri Sembilan. Pertandingan ini juga adalah di anjurkan sempena memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya di adakan sempena Maal hijrah yang lalu , tetapi kerana kemangkatan Yam Tuan Besar N.Sembilan program tersebut di tangguhkan.

Pertandinganmelukis dan mewarna ini terbuka untuk semua kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun. Thema yang dipilih ialah ” kasih sayang ‘.

Program yang dianjurkan dipusat membeli belah popular di N.Sembilan ini adalah di anjurkan oleh MAjlis Agama Islam dan  Gabungan Pertubuhan Dakwah Negeri sembilan [ GADAK] yang di anggotai oleh pertubuhan-pertubuhan dan NGO Islam N.Sembilan seperti Yayasan Kasih Sayang, ISMA, ABIM, JIM, MIM,AL FALAH dan beberapa lagi.

Pertandingan Melukis dan mewarna ini dikendalikan oleh Yayasan Kasih Sayang dan ISMA. Beberapa orang wanita dan sukarelawan ISMA turun padang untuk menjayakan program kemasyarakatan ini yang bertindak sebagai urusetia, fasilitator dan juga juri.

Pertandingan berjalan dengan meriah. Mendapat sambutan seramai 78 orang kanak-kanak dari pelbagai kaum, Melayu , cina dan India.

Pagi-pagi lagi ruang legar Giant yang di hias dengan pentas dipenuhi oleh anak-anak dan ibu bapa. Masing-masing sangat teruja untuk mencuba bakat masing-masing.

ISMA NS  juga telah bermurah hati untuk menaja 10 hadiah sagu hati dan hadiah-hadiah penyertaan. ISMA N.Sembilan amat perihatin untuk membelai perasaan anak-anak generasi hadapan ini, menghargai penyertaan mereka dan sebagai meraikan sifat berani dan ingin bersaing mereka. Semuga pengalaman-pengalaman  mereka di alam kanak-kanak ini akan menjadi aset untuk mereka di masa depan.

Program tamat pada jam 12 tengahari. Para pemenang pulang dengan hadiah masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: