KONGSI PENGALAMAN DENGAN TAMU ISTIMEWA

Izharul haq wa izharud deen [ menzahirkan kebenaran dan memenangkan agama ] adalah dua ungkapan yang seharusnya sentiasa mendorong kita untuk bermujahadah, bersungguh-sungguh di dalam kehidupan sebagai muslimah daieyah.

Ke mana sahaja ia pergi inilah amanat dan pesanan yang tidak akan lekang dari bibir mulut wanita tokoh ini. Sentiasa meniupkan semangat kepada para wanita . Mengajak supaya terus serius dalam menyemarakkan dakwah. Merindukan syahid. Siapakah wanita hebat ini..??

Ummu Muhammad , menjadi sebutan malahan rebutan untuk menjadi tetamu istimewa ketika kunjungan beliau ke bumi Malaysia baru-baru ini . Jemputan yang bertali arus disambutnya dengan penuh semangat dan kasih sayang.

img_4121

Ucapannya memberi semangat kepada golongan pelajar dan mahasiswi-mahasiswi muda, masing-masing merasakan amat bertuah dapat bertemu wanita mujahidah ini. Beliau adalah isteri seorang mujahid yang hafaz Al Quran , merupakan doktor pakar kanak-kanak yang telah pergi menemui Allah dengan haruman darah syuhada’ , syahid dihentam roket zionis pada tanggal 17 April 2004. Seorang syahid yang telah terealisasi impiannya untuk mati di jalan Allah..

Suaminya yang tercinta Asy Syahid Dr.Abd .Aziz Ar Rantisi adalah murid Syeikh Ahmad Yassin, tokoh spiritual, qiadah dan pemimpin pejuang Palestin. Ketika Syeikh Ahmad Yassin syahid, isnin, 22 mac 2004 maka kepimpinan Hamas diserahkan kepadanya dengan penuh tanggung jawab dan amanah.

Kita sering mendengar luahan pasangan yang bercinta untuk sehidup semati , sanggup merentasi lautan api. Bagi kita Puan Rasya Soleh Al Adlouni atau ummu Muhammad inilah pasangan mithali yang seharusnya kita contohi. Setia bersama suaminya berjihad dibumi Palestin. Walau pun usia telah mencecah 55 tahun dan mempunyai 16 orang cucu , mendirikan rumah tangga bersama Asy Syahid seawal usia 18 tahun , meneruskan pengajian universiti walau telah berkahwin dan mendapat beberapa orang cahaya mata sehingga ke peringkat Master dalam bidang usuluddin. Kematian suaminya tidak melemahkannya, semangatnya tidak pernah lebur untuk meneruskan perjuangan .

Biro wanita ISMA [ Ikatan Muslimin Malaysia] bersyukur kepada Allah swt kerana dapat bersama-sama Ummu Muhammad dan Ummu Umar isteri kepada Musa Abu Marzouk [ ketua Biro Politik Hamas ] di dalam beberapa program . Di samping pesanan , perkongsian pengalaman dan lisanul hal yang beliau tinggalkan perasaan ukhuwah kerana berada di atas jalan yang sama amat terasa. Berlainan bangsa dan bahasa tidak menjadi halangan .

Program ramah mesra bersama pimpinan wanita ISMA di Bangi , berlangsung dengan penuh mahabbah , bertaaruf dan mendengar kisah kematian suaminya Dr.Abd.Aziz Ar Rantisi dari mulut isterinya sendiri.

Program Cinta Dan Air Mata Wanita Palestin di dewan besar Majlis Perbandaran Seremban yang dihadiri hampir 500 orang dari kaki tangan kerajaan, guru-guru , wakil badan-badan Islam,pelajar-pelajar sekolah, pelajar dan mahasiswi kolej dan universiti.

Sesekali dewan di gamatkan dengan laungan ALLAHUAKBAR oleh para siswi yang bersemangat sebagai menyambut ucapan Ummu Muhammad yang berkobar-kobar. Terserlah wajah ceria dan gembira kedua tamu ini apabila didendangkan dengan alunan nasyid pelajar yang menyebut senikata ALLAHU GHAYATUNA , WA RASUL QUDWATUNA yang dimeriahkan dengan pukulan gendang dan suara lunak anak-anak remaja generasi harapan.

Seterusnya Majlis dialog di Restauran Saujana, Danau Golf Resort, UKM, yang dihadiri oleh ahli wanita, mahasiswi university dan wakil-wakil NGO mencecah angka 150 orang memenuhi dewan dan kerusi yang disediakan.

Demikianlah tiga pertemuan yang tidak dapat dilupakan oleh biro wanita khususnya dan seluruh mereka yang hadhir amnya. . sebagai bekalan dan pembakar semangat.

Sesungguhnya para hadirin tidak diheret untuk bersedih di atas penderitaan hidup rakyat Palestin, tidak mengulang-ulang kisah kematian, suami , anak dan kerabat mereka, tidak meratapi rumah dan kampung halaman mereka yang hancur, jauh sekali untuk menagih simpati sumbangan material.

Ummu Muhammad tokoh wanita Ghaza ini menekankan bahawa asas kejayaan umat Palestin dalam mengharungi serangan dan penjajahan zionis adalah TARBIYAH. Pastinya tarbiyah yang beliau maksudkan ialah tarbiah yang mantap, berkualiti dan efektif.

Lahirnya barisan pejuang di Palestin dari madrasah tarbiyah Ahmed Yassin yang faham dan ikhlas untuk bangkit berjuang menyerahkan nyawa dan kehidupan mereka untuk Islam. Ummu Muhammad menegaskan wanita Malaysia dan wanita Islam di seluruh dunia juga mesti berperanan, iaitu melalui pertama dengan mengislamkan ummah , dan kedua mendidik anak-anak generasi menjadi pejuang.

Isu Palestin adalah isu umat Islam Seluruhnya.Kemenangan Hamas adalah kemenangan Palestin dan kemenangan umat Islam . Sesungguhnya kemenangan hanya akan tercapai melalui kekuatan ummah bukan kekuatan individu.

Musuh sememangnya tidak setuju dengan perjuangan Islam. Walau pun HAMAS telah berjaya memenangi 70 % kerusi pilihan raya dalam sistem demokrasi yang mereka canangkan, tetapi kerana tidak ada laba untung buat mereka akhirnya HAMAS diperangi… dinafikan hak kemenagan mereka.

HAMAS sebagai sebuah gerakan Islam telah bertukar menjadi sebuah kerajaan . Hamas memimpin dengan begitu baik , membuktikan keadilan dan kehebatan pemerintahan Islam di mata rakyat Palestin sekali gus meraih sokong dan dukungan mereka .

Membuatkan mereka menjadi kuat, tidak menyerah kalah walau Gaza di serang dengan pelbagai peralatan senjata, yang di sangka musuh boleh dimusnahkan dalam tempoh beberapa hari sahaja, nyata ia satu telahan yang meleset apabila mereka terpaksa untuk mengambil keputusan mengundurkan tentera mereka dari bumi Ghaza.

Kini ummu Muhammad dan Ummu Umar telah kembali semula ke tanah air mereka Palestin. Kembali bersama rakyat Palestin meneruskan jihad fi sabi lillah. Masa yang diperuntukan untuk kita di sini oleh mereka berdua sebenarnya sangat mahal… ! yang tidak seharusnya kita pandang ringan .

img_4115

Jadikanlah segala nasihat dan kata-kata mereka sebagai inspirasi untuk kita bergerak,, mencontohi kecekalan dan ketabahan mereka di dalam mengizharkan kebenaran dan berjuang untuk agama.

img_40944

img_41573

img_4091

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: