“Agama dan Akademik Mesti Seiringan” – Nik Nur Madihah

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah Teruskan membaca

Tips Kreatif Berjimat Keluarga

“Teratur atau tersusun dalam urusan“ adalah satu prinsip yang perlu ada untuk kita menangani kehidupan yang pelbagai dimensi ini. Sifat ambil mudah seharusnya tidak menjadi amalan kita. Begitu juga dalam aspek kewangan. Bagaimanakah kita merancang perbelanjaan, melangsaikan hutang-hutang, bil-bil, ansuran kereta dan rumah, begitu juga simpanan untuk ibadah haji? Semuanya perlu kepada perancangan dan disiplin. Pendek kata kita mesti bijak agar tidak terperangkap dengan keserabutan masalah kewangan akibat daripada kecuaian kita sendiri yang mungkin akan membawa kesan negatif seperti kemurungan, pergaduhan suami isteri, permusuhan dengan kawan dan kerabat kerana hutang atau pinjaman dan seumpamanya. Teruskan membaca

Kelas ‘Cupcake’ KRIM DHL Pupuk Sifat Kreatif Puteri

Bandar Baru Bangi, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class – Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri.

Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.

Objektif utama kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli puteri KRIM DHL dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama. Objektif ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Sebelum bermulanya kelas, setiap peserta dijemput untuk memperkenalkan diri dan latar belakang yang sekaligus menjadi pemangkin untuk saling kenal-mengenali dan membina hubungan silaturrahim. Dalam proses latihan membuat kek ini, para peserta saling bantu-membantu dan berlakunya komunikasi dua hala yang secara tidak langsung menghubungkan titik-titik persamaan antara peserta. Diharap dengan permulaan ini, hubungan yang terbina akan menjadi lebih erat melalui siri ‘Teen-Building Programs’ yang akan datang.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, objektif kelas ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli puteri untuk mempelajari salah satu kemahiran yang mungkin akan bermanfaat bagi mereka kelak. Teruskan membaca