Kelas ‘Cupcake’ KRIM DHL Pupuk Sifat Kreatif Puteri

Bandar Baru Bangi, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class – Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri.

Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.

Objektif utama kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli puteri KRIM DHL dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama. Objektif ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Sebelum bermulanya kelas, setiap peserta dijemput untuk memperkenalkan diri dan latar belakang yang sekaligus menjadi pemangkin untuk saling kenal-mengenali dan membina hubungan silaturrahim. Dalam proses latihan membuat kek ini, para peserta saling bantu-membantu dan berlakunya komunikasi dua hala yang secara tidak langsung menghubungkan titik-titik persamaan antara peserta. Diharap dengan permulaan ini, hubungan yang terbina akan menjadi lebih erat melalui siri ‘Teen-Building Programs’ yang akan datang.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, objektif kelas ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli puteri untuk mempelajari salah satu kemahiran yang mungkin akan bermanfaat bagi mereka kelak. Para peserta dibimbing dengan terperinci oleh tenaga pengajar di samping memberi peluang kepada mereka untuk membuat dan menghias sendiri kek mereka. Ini memungkinkan mereka untuk lebih memahami apa yang mereka pelajari, mendidik diri menjadi kreatif dan inovatif.

Kelas ini berakhir pada waktu petang dan hasilnya para peserta memperoleh sekitar 12 biji kek untuk dibawa pulang dan berkongsi bersama-sama dengan ahli keluarga dan kawan-kawan di rumah yang semestinya mengundang rasa berpuas hati dan gembira pada semua pihak. Dengan berakhirnya siri ini, kami pihak penganjur amat berharap agar semua pihak mendapat manfaat dan secara tidak langsung berjaya menambah nilai (value added) potensi diri dan menjadi insan yang bukan setakat berjaya daripada sudut akademik tetapi turut berjaya dalam sudut kemahiran hidup yang turut menyumbang dalam usaha mencari redhaNya dan menjadi muslimah versatil, insyaAllah.

Dipetik dari blog ISMA DHL.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: