Tips Kreatif Berjimat Keluarga

“Teratur atau tersusun dalam urusan“ adalah satu prinsip yang perlu ada untuk kita menangani kehidupan yang pelbagai dimensi ini. Sifat ambil mudah seharusnya tidak menjadi amalan kita. Begitu juga dalam aspek kewangan. Bagaimanakah kita merancang perbelanjaan, melangsaikan hutang-hutang, bil-bil, ansuran kereta dan rumah, begitu juga simpanan untuk ibadah haji? Semuanya perlu kepada perancangan dan disiplin. Pendek kata kita mesti bijak agar tidak terperangkap dengan keserabutan masalah kewangan akibat daripada kecuaian kita sendiri yang mungkin akan membawa kesan negatif seperti kemurungan, pergaduhan suami isteri, permusuhan dengan kawan dan kerabat kerana hutang atau pinjaman dan seumpamanya.Berjimat bukan bermaksud menjadi kedekut sebaliknya anggaplah ia sebagai tanggungjawab, di samping peluang untuk meraih pahala di sisi Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Pengurusan yang baik terhadap rezeki itu juga adalah sebagai satu tanda syukur. Allah akan menambahkan lagi rezeki kepada orang yang bersyukur. Ini berbalik semula kepada soal iman dan keyakinan kita kepada Allah. Orang-orang yang beriman pasti akan terjelma keimanannya melalui tatacara kehidupannya di alam zahir.

Baiti jannati, rumahku syurgaku akan terbina oleh isi rumah yang bertaqwa, di samping limpah rahmat dan berkat dari Allah. Suami isteri atau ayah ibu serta anak-anak seisi keluarga harus berusaha ke arah merealisasikan cara hidup Islam.

Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat, yakni lawan kepada membazir. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Mari kita sama-sama kongsikan beberapa tip untuk berjimat dalam urusan kewangan keluarga:

1. Buat bajet kewangan keluarga: Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama.

2. Merancang kewangan untuk masa depan: Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

3. Masak sendiri: Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

4. Bawa bekal: Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Cuba kira berapa banyak kita boleh jimat sehari, paling kurang 3 ringgit. Kalau sebulan berapa?

5. Elakkan memandu kereta sendiri: Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

6. Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas: Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup api elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi atau ketika mencuci.

7. Tanam sendiri sayuran: Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam.

8. Elakkan membawa anak-anak ketika shopping: Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu.

9. Beli secara pukal: Ini jauh lebih murah berbanding jika kita beli sikit-sikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Jimat wang dan jimat masa.

10. Survey dulu: Kadang-kadang lain kedai lain harga, lain tempat lain harga walaupun barang yang sama dan kualiti yang sama. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

11. Bukan masa untuk kejar jenama: Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama asalkan kualitinya sama.

Semoga tip-tip di atas sedikit sebanyak akan dapat membantu kita. Buatlah persediaan awal, jangan terhantuk baru hendak terngadah. Orang yang berhemah dalam berbelanja biasanya juga mudah untuk bersedekah dan menginfakkan hartanya fi sabilillah. Secara tak langsung amalan murni ini akan memberi saham kepada survival ummah.


Oleh: Ustazah Norlida bt Kamarudin,
Ahli JKP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
merangkap Naib Ketua Wanita ISMA Pusat

2 Respons

  1. Sangat suka tentang tanam sendiri sayuran… boleh memupuk kecergasan dan kemandirian… Malangnya, realiti kenderaan awam adalah kesesakan dan ketidak -efisian dalam pentadbirannya yang amat tidak membantu kita dan juga menyebabkan kita lebih kerugian masa dan uang di jangka panjang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: