CUTI BERSALIN LEBIH AWAL

imaan-rasya-2

Ini adalah kenyataan akhbar Mingguan Malaysia :

” KUALA LUMPUR 25 April – Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun ia akan ditolak dari jumlah citu bersalin 60hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabata Perkhidmata Awam yang dikeluarkan 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira pada hari mereka bersalin tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital , klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. “

Kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan , semuga Allah akan mempermudahkan segala urusan . Bijak menguruskan diri, keluarga dan rumahtangga. Ini adalah tanggung jawab asasi yang mesti kita depani dengan cemerlang. Sesungguhnya ibu adalah merupakan madrasatul ula bagi anak-anaknya.

Dengan cuti awal  pelbagai persiapan sebelum bersalin dan tempoh berpantang dapat diselesaikan.  Maklumlah mungkin sesetengah orang waktu berpantang tu tidak keluar rumah atau dirumah ibu bapa atau kita pun sebenarnya tidak boleh menjangka apa akan terjadi. Hidup atau mati, sakit atau sihat. Yang penting kita bersedia.

Banyakkan ibadah, solat sunat, membaca Al Quran dan sebagainya. Manakala sesama manusia pula mungkin ada sesuatu yang perlu kita bereskan pada mereka.

Tempoh 14 hari agak panjang juga [ kalau tak terbersalin awal].. Rancang dan susunlah  masa anda  dengan yang terbaik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: