SAUDARI NABILAH HUDA KEMBALI MENYAMBUNG PELAJARAN

Enam bulan yang lalu kita pernah dikhabarkan dengan berita  saudari Nabilah Huda bt. Zaim yang terpaksa pulang ke tanah air dari bumi Jordan, kerana telah disahkan sebagai mengidap penyakit leukimea. Ibu bapanya En Zaim dan Puan Norazlina terpaksa terbang ke Jordan dengan segera ketika itu untuk menguruskan beliau yang sudah pun berada di wad rawatan rapi di sebuah hospital di Jordan.

kbaz dll 627

Akhirnya beliau terpaksa dibawa pulang ke Malaysia dan menangguhkan pengajian di sana untuk mendapatkan rawatan lanjut di dalam negara. Alhamdulillah dengan berkat usaha , doa  dan izin dari Allah kesihatan Nabilah Huda semakin stabil setelah mendapat rawatan secara berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dengan semangat beliau yang tak pernah luntur beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh di dalam bidang pengajian Syariah di Universiti Al Yarmouk, Jordan. Doakan semuga beliau berjaya menghabiskan pengajian yang masih berbaki setahun enam bulan.

Sebelum berangkat beliau telah sempat menemui para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke Timur Tengah di dalam program  Selangkah ke Bumi Anbiyak anjuran Sekateriat Isma Antara Bangsa di Port Dikson baru-baru ini untuk berkongsi maklumat dan pengalaman sekali gus memberi semangat kepada adik-adik .

Tahniah.. dan selamat kembali ke dunia ilmu kepada saudari Nabilah Huda. Beliau telah selamat berlepas pada selasa 26 mei yang lepas dari lapangan terbang KLIA yang juga di temani oleh kedua ibu bapanya.

Penyakit kronik yang beliau hadapi tidak menghalang beliau dari meneruskan cita-cita murni untuk menuntut ilmu dan meneruskan tarbiyyah dibumi Jordan. Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan.

Wajahnya sentiasa ceria dengan raut wajah yang sentiasa tersenyum menambahkan keyakinan kepada kedua ibu bapanya untuk melepaskan beliau terbang ke luar negara.

Kami dari pihak wanita ISMA mendoakan  kepada saudari Nabilah Huda dan rakan-rakan pelajar di Jordan agar sentiasa berada di dalam rahmat Allah, dan mengharapkan mereka akan pulang dengan selamat setelah tamat pengajian nanti . Mereka bakal menaburkan mutiara-mutiara ilmu  untuk dikongsikan dan menjadi  muslimah daieyah yang akan berbakti di bumi Malaysia.

Advertisement

Ibu Oh Ibu…

ist1_6973128-beautiful-baby-under-blanket

Meraikan “Hari Ibu” pada tanggal 10 Mei setiap tahun adalah sebagai penghormatan dan tanda kasih sayang kepada insan yang bergelar ibu. Meraikan dengan memberi hadiah, mengirim kad ucapan atau makan bersama. Namun diharap ia tidak disalahertikan. Kerana Islam mengajar bahawa penghormatan dan melahirkan kasih sayang mahu pun ucapan terima kasih kepada ibu, tidak sepatutnya bermusim atau pada hari tertentu sahaja.

Untuk menzahirkan penghargaan terhadap jasa baktinya, ibu patut dihormati dan diraikan pada setiap masa. Malahan ia adalah satu keutamaan. Kasih sayang dan pengorbanannya memang tidak mampu kita balas. Bahagiakanlah hati mereka selalu. Elakkan mereka bersedih menitiskan air mata kerana kesal kecewa terhadap kita. Syurga di bawah telapak kaki ibu…

Banyak firman Allah di dalam al-Quran dan hadis sabdaan Rasulullah saw yang menyentuh tentang kewajipan mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Panjatkan doa kudus buat ibu…

“Ya Allah… ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecilku…” Amin. Teruskan membaca

Pelancaran Logo NAZIM

duaribusembilan 552

Pada tanggal 1 mei 2009 yang lalu sempena Konvensyen Wanita Islam anjuran Biro Wanita ISMA di INTEKMA convensyen centre, Syah Alam,  Logo NAZIM telah di lancarkan.

Logo yang di hasilkan adalah melalui  pertandingan membuat Logo di antara ahli NAZIM dari seluruh Malaysia. Pemenangnya telah jatuh kepada adik Abdul Mubin Zainuddin dari NAZIM Syah Alam. Tahniah buat adik Abdul Mubin.!

Semuga NAZIM atau Nadi asybal Wa zahrawat ini akan menjadi wadah unggul dikalangan anak-anak . Sebagai medan untuk mencungkil bakat dan potensi mereka disamping aktiviti dan pengalaman yang mereka boleh timba bersama rakan-rakan di sini.

Di harapkan  NAZIM akan terus mara ke hadapan bersama semangat dan selogannya yang memberangsangkan; beriman, bijak, berani dan cergas. Wajah singa yang serius melambangkan sifat-sifat yang tersebut di atas yang mesti di miliki oleh anak-anak lelaki. Manakala bunga yang kembang mekar melambangkan keperibadian anak-anak perempuan.

Besar harapan penganjur besar lagi harapan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka beraktiviti di bawah naungan NAZIM. kepada Puan Zakiah Abd. Rahman sebagai pengarah NAZIM Malaysia selamat maju jaya. Tak lupa juga buat para aktivis NAZIM di setiap kawasan dan negeri.

SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’

bannerSKBA4

SUASANA KONWANIS ’09

KONWANIS 09

dsc_3710-large

dsc_3599-large

dsc_3680-large

Shah Alam, 1-2 Mei 2009 – Konvensyen Nasional Wanita Islam 2009 (KONWANIS) buat kali yang ke-3 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berlansung dengan jayanya di Intekma Resort & Convention Centre dengan temanya ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’.

Konvensyen ini telah diadakan selama 2 hari satu malam dengan jumlah penyertaan yang menjangkau 400 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia , kaum wanita yang berbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan , juga para mahasisiwi Intitusi Pengajian Tinggi

Teruskan membaca