KONWANIS 09

dsc_3710-large

dsc_3599-large

dsc_3680-large

Shah Alam, 1-2 Mei 2009 – Konvensyen Nasional Wanita Islam 2009 (KONWANIS) buat kali yang ke-3 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berlansung dengan jayanya di Intekma Resort & Convention Centre dengan temanya ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’.

Konvensyen ini telah diadakan selama 2 hari satu malam dengan jumlah penyertaan yang menjangkau 400 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia , kaum wanita yang berbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan , juga para mahasisiwi Intitusi Pengajian Tinggi

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Noraini bt Mat Top yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyeru para wanita masa kini agar mencontohi sifat Ummu Sulaim yang tabah dan yakin dalam menghadapi pelbagai dugaan serta cabaran dalam kehidupan ini.

Sebelum itu Ketua Wanita Isma Pusat Ustazah Norsaleha Mohd.Salleh telah memberikan ucap tamanya yang amat memberangsangkan para peserta. Beliau menyuntik semangat para hadirin untuk menjalani kehidupan yang berbagai aspek aktiviti ini dengan lebih tersusun dan iltizam yang tinggi di samping menekankan bahawa kesejahteraan dalam keluarga mampu membangunkan potensi ahlinya.

Di akhirnya beliau telah memetik kata-kata Al Kindi sebagai renungan semua, bunyinya lebih kurang “sebahagian masalah kita boleh diselesaikan apabila kita ada keinginan yang kuat untuk keluar.”

Sepanjang berlangsungnya konvensyen ini, para peserta telah dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti ceramah, forum, talk show dan diskusi. Menerusi slot Wanita, Tekanan dan Islam, penceramah telah mengupas isu berkenaan konsep stress dari sudut kacamata islam dan barat serta konflik yang berlaku di kalangan para wanita, punca dan kaedah penyelesaiannya. Beliau turut menyentuh berkenaan dengan asal usul manusia yang dijadikan bersifat dengan sifat keluh-kesah yang perlu diterima sebagai takdir dan dihadapi dengan penuh bijaksana.

Para ahli panel yang didatangkan dari pelbagai latar belakang yang berbeza iaitu seorang Pakar kaunselor, seorang Pakar Psikatri dan seorang aktivis wanita Islam telah mengupas isu berkaitan ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’. Menerusi forum ini, para ahli panel telah mengaitkan stress dengan teori-teori saintifik serta aspek kerohanian. Aspek perhubungan di antara makhluk dengan pencipta telah dikenalpasti sebagai punca utama meraih ketenangan serta kekuatan dalam melayari kehidupan ini.

Majlis seterusnya dirancakkan lagi dengan Talk Show yang berkisar tentang Konsep cinta dalam islam dari sebelum sesuatu ikatan perkahwinan termetrai, ketika usia perkahwinan masih di tahap berbulan madu sehinggalah sesudah beranak-pinak serta bercucu-cicit. Temuramah ringkas dan spontan para peserta yang berselang-seli dengan temuramah para jemputan menggamatkan lagi sidang dewan.

Slot terakhir yang mengakhiri majlis memfokuskan kepada matlamat ’Meraih cinta sejati’ yang mana menyimpulkan secara keseluruhannya tema konvensyen pada kali ini. Kejelasan matlamat hidup serta kecintaan kepada ilahi merupakan intipati utama kejayaan seseorang dalam menanamkan aspek sabar, redha serta mujahadah dalam menempuh liku-liku kehidupan dengan penuh ketenangan, kesejahteraan, kecemerlangan dan kemuliaan.

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Presiden ISMA iaitu Ustaz abdullah Zaik yang telah menterjemahkan penyelesaian yang jelas serta praktikal kepada permasalahan wanita serta masyarakat pada masa kini dalam menghadapi kemelut yang melanda kehidupan iaitu berpaksikan kepada Islam yang sebenar sebagai penyelesai kepada segala permasalahan yang melanda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: