Ibu Oh Ibu…

ist1_6973128-beautiful-baby-under-blanket

Meraikan “Hari Ibu” pada tanggal 10 Mei setiap tahun adalah sebagai penghormatan dan tanda kasih sayang kepada insan yang bergelar ibu. Meraikan dengan memberi hadiah, mengirim kad ucapan atau makan bersama. Namun diharap ia tidak disalahertikan. Kerana Islam mengajar bahawa penghormatan dan melahirkan kasih sayang mahu pun ucapan terima kasih kepada ibu, tidak sepatutnya bermusim atau pada hari tertentu sahaja.

Untuk menzahirkan penghargaan terhadap jasa baktinya, ibu patut dihormati dan diraikan pada setiap masa. Malahan ia adalah satu keutamaan. Kasih sayang dan pengorbanannya memang tidak mampu kita balas. Bahagiakanlah hati mereka selalu. Elakkan mereka bersedih menitiskan air mata kerana kesal kecewa terhadap kita. Syurga di bawah telapak kaki ibu…

Banyak firman Allah di dalam al-Quran dan hadis sabdaan Rasulullah saw yang menyentuh tentang kewajipan mentaati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Panjatkan doa kudus buat ibu…

“Ya Allah… ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecilku…” Amin. Teruskan membaca