WANITA ISMA SEREMBAN MABIT BERSAMA WANITA SURAU IBN KHALDUN

Fajar 29 mei 2009 membuatkan anak-anak yang bernama pelajar sekolah menghela nafas panjang, hari jumaat… hari terakhir sekolah minggu ni, nak cuti pertengahan semester selama dua minggu. Mungkin dah  siap planning nak buat berbagai program dan aktiviti.

Wanita ISMA Seremban mencuri sedikit masa lapang para ibu pada jumaat malam sabtu untuk program mabit bersama masyarakat.  Maklumlah kalau lewat di rancang cuti sekolah dua minggu nanti peserta-peserta yang di harapkan hadhir sudah pasti bertebaran ke sana sini.

Bertempat di surau Ibn Khaldun. Lavender Heights, Seremban, Sembilan, program Mabit telah berjaya di adakan dengan kerjasama Wanita Isma  dan wanita surau itu sendiri.

Sambutan amat menggalakkan bagi pihak wanita surau. Kehadiran mencecah 37 orang. Pada jam 9. 30 malam, majlis di dahului  dengan sedikit jamuan ringan sementara menunggu kehadiran penuh.

mabit lavendrISMA 473

Secara rasminya mabit bermula jam 10.30 malam dengan bacaanAl Quran  surah al Muzzammil   dan sedikit tazkirah mengenai qiamullail oleh usstazah Norlida merangkap penyelaras pada malam itu , yang mewakili wanita surau dan wanita Isma serentak.

Acara di teruskan dengan sesi taaruf. Sebelum tidur para hadirin membaca Al Quran secara berkumpulan . Jam 12.30 malam barulah berkesempatan untuk meluruskan tubuh merehatkan diri .  Malam itu hujan turun membasahi bumi, membuatkan suasana lebih sejuk dan nyaman.

Teruskan membaca