NAZIM KUANTAN BERMUKHAYYAM DI AWAL CUTI SEKOLAH

Mukhayyam NAZIM [ Nadi Asybal wa Zahrawat ] iaitu sebuah kelab kanak-kanak ISMA telah diadakan pada 30-31 Mei 2009 di Kuantan, Pahang. Satu aktiviti perkhemahan yang dirancang khas untuk memenfaatkan cuti sekolah pertengahan tahun  bagi kanak-kanak di persekitaran oleh ISMA Pahang.

Tema mukhayyam atau perkhemahan kali ini  ialah ” AMANAH SIFAT TERPUJI”  . Pendaftaran telah  bermula pada 30 Mei, Sabtu, jam 3.30 petang. Seramai 30 orang anak-anak  telah mendaftar terdiri dari 18 orang lelaki  dan 12 orang perempuan .

Tirai perkhemahan dibuka dengan solat asar berjemaah , diikuti dengan taklimat dan minum petang.  Program diteruskan dengan mendirikan khemah di sekitar kawasan rumah yang menjadi tapak program dan acara permainan, satu aktiviti yang menarik..  Sesi ini telah dikendalikan oleh remaja KRIM dan akhawat PEMBINA.

Pada malamnya, selesai solat maghrib dan makan malam, satu kuliah maghrib telah disampaikan oleh seorang wakil PEMBINA yang menyentuh tentang sahabat-sahabat  Nabi saw yang bersifat amanah dengan pesan Nabi saw agar menghantar Usamah bin Zaid ke medan perang setelah kewafatan Nabi saw.

Selepas solat Isya’ sesuai dengan suasana yang tenang satu   tayangan filem IRAN telah dihidangkan untuk para peserta. Filem tersebut  memaparkan kisah yang termuat  di dalamnya  sifat-sifat terpuji anak-anak, iaitu sifat   amanah terhadap ibubapa dan adik2 . Majlis di serikan dengan  sesi soal jawab tentang cerita telah dikendalikan oleh akh DR AZIZI.

Sebelum tidur, anak-anak telah menyanyikan nasyid ISMA bersama-sama.

Teruskan membaca