NAZIM DAN KRIM BERSEMINAR

seminar kecemerlangan remaka , sbn.

10 Jun 2009 – Seramai 75 orang remaja putera dan puteri di sekitar Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan dalam Program Seminar Kecemerlangan Remaja 2009. Program ini adalah anjuran bersama Kelab Remaja ISMA Negeri Sembilan (KRIM) dan Kelab Asybal dan Zakhrawat ISMA Cawangan Seremban.

Peserta di kalangan remaja yang berumur dari 10 hingga 15 tahun telah berkumpul di perkarangan Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah seawal jam 08.00 pagi untuk mendaftarkan diri bagi menyertai program ini. Lagu tema “Anak Soleh” membuka tirai program Seminar Kecemerlangan Remaja ini bermula jam 09.00 pagi. Slot pertama “Motivasi & Teknik Belajar Berkesan” yang disampaikan oleh Saudara Rashidi Shaari yang merupakan wakil dari Persatuan Belia Islam Nasional ISMA Cawangan Ipoh berjaya memberi input yang berguna kepada para peserta. Mereka didedahkan tentang teknik-teknik yang perlu dipraktikkan oleh pelajar dan beliau menerapkan keperluan penumpuan semasa belajar kepada peserta.seminar kesemerlangan remaja ,sbn.

Setelah berhenti rehat tepat jam 11.15 pagi, Encik Rashidi Shaari meneruskan slot kedua bagi seminar ini, “Jati Diri Positif : Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat”. Beliau yang merupakan pekerja di Motivasi Alihan Pelajar Training & Consultancy (MAP Tarining) cukup berpengalaman berdepan dengan golongan pelajar. Peserta yang hadir cukup bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dari beliau dalam slot ini. Beliau sempat mengingatkan peserta supaya meneruskan usaha jihad dengan mata pena bagi berdepan dengan cabaran umat Islam masa kini.

Selepas makan tengahari dan Solat Zohor, program ini diteruskan dengan slot, “Tips Remaja Cemerlang”. Slot ini disampaikan oleh En. Zuhairi yang merupakan kaunselor di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kebolehan beliau dalam mengendalikan slot seumpama ini memberi manfaat yang berguna kepada para seminar kecemerlangan keluargapeserta. Beliau juga berkesempatan mengadakan sesi muhasabah untuk memotivasikan para peserta. Sebaik sahaja selesai slot ketiga, majlis perasmian & penutup program dilaksanakan dengan jayanya. Dr Zainon Bt Yahya selaku Ketua Wanita ISMA Cawangan Seremban telah menyempurnakan majlis penutup ini dan turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan dan memberi sebanyak mungkin impak positif kepada remaja terutama yang hadir sebagai peserta.



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: