Muhasabah wanita …

SEMINAR

Salam buat semua wanita.. dalam kesibukan harian yang rutin dan  tugas yang muncul secara tiba-tiba wanita yang bergelar muslimah mesti menghadapinya secara bijak. Iman dan akhlaq perlu di pastikan berada di dalam kategori memuaskan, lebih baik dan sangat baik.  Berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam . Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

لا يشبع المؤمن من خير قط حتى يكون منتهاه الجنة

Maksudnya : Seorang mukmin itu tidak akan merasa puas dari kebaikan sehinggalah syurga menjadi kesudahannya.

Sebagai wanita muslimah yang memahami akan tanggung jawabnya akan cuba sedaya upaya membuat yang terbaik untuk dirinya, keluarganya, masyaraktnya dan  sentiasa merasakan bahawa ummat sentiasa menunggunya.  Untuk melunaskan segala tanggung jawab yang banyak dan berat itu perkara pertama yang mesti digapai terlebih dahulu ialah redha Allah terhadap dirinya. Sesungguhnya apabila kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab terhadap Allah , Allah akan meredhai dan mengasihi . Lantaran itu jadilah anda wanita solehah muslehah. Sebagaimana air mutlak yang sifatnya suci dan menyucikan.

4 perkara yang seharusnya menjadi perhitungan atau menjadi bahan muhasabah seorang muslimah ialah:

Pertama , terhadap dirinya : sila dengar sebuah firman Allah ini dengan hatimu, bukan dengan telingamu :

اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

Maksudnya : Bacalah olehmu kitabmu, cukuplah atas diri mu hari ini sebagai satu perhitungan.

[ Surah : Al Isra’ , ayat : 14 ].

Jadikan  ‘ muhasabah’ itu sebagai amalan harian kita. Menghitung amalan wajib, sunat dan harus yang sepatutnya dilaksanakan. Memperindahkan akhlaq dengan Al Quran. Diri anda adalah tanggung jawab anda. Andalah yang lebih tahu tentang diri anda sendiri dari orang lain. Khalifah yang pertama iaitu Saidin Abu Bakr As Siddiq pernah mengucapkan :

“اللهم أنتَ أعلم بي من نفسي، وأنا أعلم بنفسي من الناس، فاغفر لي ما لا يعلمون، واجعلني خيرًا مما يظنون”.

Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentangku dari diriku sendiri., dan aku lebih mengetahui tentang diriku dari manusia lain . Maka ampunilah aku apa yang mereka tidak mengetahuinya dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.

Kedua , terhadap keluarga :  Rasulullah saw pernah bersabda  :

“خيركم خيركم لأهله، وأنا خيركم لأهلي”

Maksudnya  : Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku .

Keluarga adalah orang yang paling hampir dengan kita . Maka mereka adalah lebih utama buat kita dari orang lain untuk kita berbuat baik kepada mereka. Lantaran tidak ada alasan untuk kita mengabaikan keluarga .

Pengurusan keluarga adalah satu kemahiran yang perlu kita tahu dan pelajari. Segala maklumat tentang pengurusan keluarga dan  kekeluargaan amat banyak dan senang di dapati di mana-mana. Boleh dengar dan lihat melalui radio dan talivisyen, boleh di baca di dalam akhbar , majalah dan buku-buku.  Di samping itu pengalaman orang lain dalam jatuh bangun mereka menguruskan keluarga patut  dimenfaatkan. Rujuklah kisah-kisah para anbiya’, para ulama’, solafus soleh dan tokoh-tokoh Islam yang ramai yang telah berjaya dalam perjuangan mereka.

Ketiga, terhadap masyarakat : Wanita muslimat adalah orang yang membawa cahaya dan ilmu kepada masyarakat . Berikanlah cahaya itu kepada mereka yang masih belum mendapatkannya . Firman Allah maksudnya : ” Sebagai cahaya yang berjalan dengannya di kalangan manusia ” [ Al An’am : 122].

Bagaimanakah untuk kita berikan cahaya itu kepada mereka ? Apakah caranya untuk jadi begitu? Menjadi qudwah atau ikutan masyarakat sekeliling, dengan kata lain masyarakat merasai kewujudan muslimah daieyah di kalangan mereka , dan mendapat menfaat darinya,  lalu anda akan mendapat pahala sebagai mana pahala yang mereka  perolehi tanpa kurang  sedikit pun.


فخير الناس أنفعهم للناس , sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermenfaat terhadap manusia.

Jauhilah dari menjadi seperti seorang wanita yang rajin bangun solat malam dan berpuasa di siang harinya tetapi menyakiti jirannya dengan lidahnya.  Nerakalah tempat yang layak baginya . Wa na’uzu billah..

Keempat , terhadap ummat muslimin : Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan muslimin maka ia bukanlah darinya. Justeru itu tanggung jawab kita terhadap ummat muslimin tidak pernah habis. Walau mereka jauh beribu batu dari kita, namun kita perlu mengambil tahu tentang mereka, penderitaan dan kesusahan mereka kita bantu dengan apa yang termampu. Doa di panjatkan untuk mereka di Palestin, di Iraq, di Thailand , di Kasymir, dan di semua tempat .

Ketahuilah , bahawa di dalam Al Quran apabila Allah hendak membuat perumpamaan tentang wanita beriman, Allah mengumpamakan dengan Maryam bintu Imran dan Asiah isteri Firaun. Apabila Allah ingin memberi contoh wanita yang kafir Allah memberikan contoh isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut, walaupun mereka isteri nabi . Itu adalah sebagai satu peringatan tentang wanita yang solehah dan bahaya wanita yang kafir.

Sebagai wanita muslimah mukminah kita mestilah mempunyai azam yang jelas terhadap diri , keluarga, masyarakat dan ummah. Apa yang kita dambakan  hanyalah redha dan keampunan dari Allah . Semuga segala amalan kita diterima , selamat dari  di persoalkan oleh Allah terhadap tugas dan tanggung jawab yang terabai.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: