KURSUS PEMBANGUNAN WANITA 2009

Putra Jaya – Pada 17 hingga 19 Julai 2009 telah berlangsung satu Kursus Pembangunan Wanita di Teratak  Hijjaz, Putra Jaya. Suasana tenang di pinggir kota ini menjadi pilihan  para pimpinan wanita ISMA dari seluruh Malaysia untuk menimba ilmu, kemahiran dan motivasi di samping saling bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Seramai 43 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan bersama oleh HRD dan biro wanita Pusat sebagai satu keperihatinan terhadap pembangunan potensi diri dan pengurusan kehidupan wanita.”Potensi Digarap, Dakwah DiPacu ” merupakan tema yang mewarnai kursus kali ini. Antara tajuk yang dikupas ialah slot Mengenali Diri, Pengenalan kepada pengurusan, Kemahiran wanita cemerlang , Merancang kehidupan sempurna melalui misi dan visi dan di akhir sesi perserta berkongsi ilmu dan kefahaman sambil berbincang ketika pembentangan lakaran visi dan misi yang telah dibuat secara berkumpulan.

Era globalisasi yang penuh cabaran ini perlu dihadapi dengan positif disamping mengembeling potensi yang ada.Wanita yang mempunyai tugas asasi sebagai isteri, ibu dan uhkti muslimah perlu hadham tentang selok belok pengurusan dan tabiat cabaran dihadapan mereka. Wanita muslimah perlu bangkit sebagai seorang yang berkeperibadian unggul dan memastikan  bahtera kekeluargaan belayar dengan cemerlang. Kerana individu-individu beginilah yang diharapkan akan menjadi  model dan memimpin masyarakat.

Kursus yang berbentuk pengurusan ini tetap diselangi dengan santapan rohani seperti solat jemaah, tazkirah , qiamullail dan muhasabah diri. Agar peserta merasa jiwa mereka ‘basah’ dan rohani yang terisi. Tidak lupa aktiviti riadhah untuk merehatkan minda serta meregangkan sendi.IMG_7738

Wanita ISMA amat bertuah kerana mempunyai ahli yang berpengalaman untuk mengendalikan lima slot utama yang menjadi fokus kursus Pembangunan Wanita kali ini. Pihak Wanita Isma merakamkan ribuan terima kasih kepada 3 orang moderator yang telah bertunggkus lumus menyediakan modul dan mengendalikan kursus selama 3 hari. Moderetor yang masing-masing datang dari bidang yang berlainan , iaitu PuanSyazamawati Zamhasyari dari bidang bio teknologi pemakanan yang kini sedang menghabiskan Ijazah Sarjana di USIM. Puan Rohayah Mohd. Zain seorang ketua unit Penyelaras, Jabatan Ketua pengarah MARA. Dan Prof.Madya Bahiah seorang Pensyarah kejuruteraan komunikasi UKM. Terima kasih juga kepada barisan urus setia yang telah memastikan keselesaan dan program berjalan lancar.

Para pimpinan yang merupakan golongan sasar kursus ini diharapkan mampu menggarap segala isi ceramah yang dilontarkan, mereka kelihatan brsemangat. Pengetahuan bagaimana untuk mengenali potensi diri amat menguja para peserta. Potensi diri yang dikembangkan akan memberikan lonjakan pacuan dakwah yang semakin meledak. Rata-rata peserta juga adalah dari kalangan yang berkerjaya yang memegang jawatan-jawatan penting di tempat kerja mereka.Gabungan antara moderetor dan peserta ini cantik bak pinang dibelah dua. Lantaran latar belakang yang sedemikian rupa di harapkan ummah ini akan bakal merasa air tangan mereka melalui sentuhan tarbiah dan dakwah.

Visi dan misi yang jelas akan membantu  melancarkan perjalanan dakwah ini. Jika dulu wanita agak ketinggalan, banyak bergantung kepada suami, tidak tahu memandu dan fobia terhadap komputer namun kini semuanya telah berubah. Anjakan demi anjakan telah berlaku dan akan terus berlaku. Wanita yang merupakan sayap kanan organisasi ini akan merealisasikan impian untuk sepuluh tahun kehadapan dengan lebih yakin . Pihak Biro Wanita Pusat akan sedaya upaya menggilap potensi ahli dari masa ke semasa agar ahli dan pimpinannya terus mantap dan bersemangat.

Kursus Pembangunan Wanita 2009 telah diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Ust.Anwar Soleh selaku Yang dipertua ISMA Daerah Hulu Langat. Beliau mengharapkan ilmu ‘baru’ yang di pelajari oleh peserta kali ini akan memberikan impak positif  kepada semua yang akan memimpin ummah ke jalan yang di redhai Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: