INFO SUSU IBU.

Anak merupakan anugerah Allah . Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan. Anak-anak adalah  pewaris ayah dan bonda di masa hadapan. Mereka juga merupakan permata negara yang diharapkan untuk menerajui dunia sebagai pemimpin yang berwibawa.new born

Lantaran itu kelahiran mereka di muka bumi ini di sambut dengan penuh tatasusila dari segi Islam. Malahan sejak mengandung lagi para ibu di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mendirikan solat, memperbanyakkan membaca Al Quran, zikrullah dan sebagainya. Tempoh kehamilan adalah satu tempoh yang indah bagi ibu yang  tidak dapat di rasakan oleh orang lain. Tangisan awal bayi di sambut dengan azan dan iqomah di telinga kanan dan kirinya, memintas segala tipu daya dan godaan syaitan. Di beri nama yang baik-baik. Di aqiqahkan sebagai satu tanda kesyukuran.

Sepanjang 2 tahun pertama pembesarannya adalah lebih utama di susukan dengan susu ibu yang mempunyai khasiat lengkap di samping mengeratkan hubungan kasih mesra antara ibu dan anak. Al Quran menyarankan agar di susukan 2 tahun penuh bagi yang ingin berbuat demikian. Saranan tersebut pasti bukan saranan kosong, tetapi mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat. shoes

Bayi yang disusukan dengan susu fomula dan menggunakan botol pasti melalui pengalaman dan nikmat yang berlainan dari bayi bertuah disusukan oleh ibunya sendiri. Secara tak langsung kesemuanya itu akan mempengaruhi pembesaran, keperibadian, emosi dan kecerdasan aqal si anak.

Tidak dinafikan ibu yang menyusukan bayi akan mengalami keletihan . Terpaksa bijak membahagi masa. Menjaga kesihatan diri, menjaga makan dan minum demi anak yang di susukan. Teruskan membaca