INFO SUSU IBU.

Anak merupakan anugerah Allah . Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan. Anak-anak adalah  pewaris ayah dan bonda di masa hadapan. Mereka juga merupakan permata negara yang diharapkan untuk menerajui dunia sebagai pemimpin yang berwibawa.new born

Lantaran itu kelahiran mereka di muka bumi ini di sambut dengan penuh tatasusila dari segi Islam. Malahan sejak mengandung lagi para ibu di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mendirikan solat, memperbanyakkan membaca Al Quran, zikrullah dan sebagainya. Tempoh kehamilan adalah satu tempoh yang indah bagi ibu yang  tidak dapat di rasakan oleh orang lain. Tangisan awal bayi di sambut dengan azan dan iqomah di telinga kanan dan kirinya, memintas segala tipu daya dan godaan syaitan. Di beri nama yang baik-baik. Di aqiqahkan sebagai satu tanda kesyukuran.

Sepanjang 2 tahun pertama pembesarannya adalah lebih utama di susukan dengan susu ibu yang mempunyai khasiat lengkap di samping mengeratkan hubungan kasih mesra antara ibu dan anak. Al Quran menyarankan agar di susukan 2 tahun penuh bagi yang ingin berbuat demikian. Saranan tersebut pasti bukan saranan kosong, tetapi mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat. shoes

Bayi yang disusukan dengan susu fomula dan menggunakan botol pasti melalui pengalaman dan nikmat yang berlainan dari bayi bertuah disusukan oleh ibunya sendiri. Secara tak langsung kesemuanya itu akan mempengaruhi pembesaran, keperibadian, emosi dan kecerdasan aqal si anak.

Tidak dinafikan ibu yang menyusukan bayi akan mengalami keletihan . Terpaksa bijak membahagi masa. Menjaga kesihatan diri, menjaga makan dan minum demi anak yang di susukan. Itulah salah satu pengorbanan seorang ibu yang besar yang perlu diketahui oleh para anak. Lantaran itu kedudukan ibu di sisi Allah amat tinggi berbanding bapa. Ibu bertanggungjawab dalam penyusuan , manakala si ayah wajib memberi nafkah agar keperluan kehidupan keluarga terjamin. Dengan kata lain anak dan keluarga adalah amanah suami dan isteri.

Sedih dan terkilan bagi ibu yang faham namun gagal  menyusukan bayi mereka. Sedangkan di sana ada ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan bayi mereka , alasan kerja , tak sempat dan sebagainya. Beruntunglah para ibu yang berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan penyusuan bayinya satu kenyataan. Setiap muqaddimah akan menghasilkan natijah yang tersendiri, para ibu bebas memilih. Buatlah pilihan yang bijak agar tidak menyesal nanti.pakaian baby

Untuk ibu yang perihatin semestinya mengetahui mengapa mereka memilih untuk menyusukan bayinya dan tidak rela memberikan susu fomula buat si kecil. Antara faedah susu ibu ialah :

  • Mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan dalam komposisi yang mencukupi untuk tumbesaran tubuh badan dan perkembangan otak bayi.
  • Lebih senang di hadam kerana susu ibu mengandungi enzim khas untuk penghadaman.
  • Sentiasa tersedia pada suhu  yang sesuai dan tidak tercemar.
  • mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  • Membantu mengecutkan rahim dengan cepat, mengurangkan pendarahan dan mencegah anemia.
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan selepas bersalin kerana pembakaran kalori yang pantas ketika menyusu.
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
  • Jimat masa dan wang.beg baby

Rancanglah kelahiran dan penyusuan bayi seawal mungkin.  Ia adalah isu penting bagi ibu yang bakal melahirkan. Buat persedian secukupnya. Jangan lupa berikan bayi anda susu yang pertama. Kerana ia mengandungi kolostrum yang melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan – kaya dengan antibodi . Ia juga mengandungi sel darah putih yang banyak bagi melindungi bayi daripada jangkitan. Vitamin A dan E yang terkandung di dalamnya berupaya mencegah alahan malahan mematangkan usus. Bayi yang meminum susu ibu akan mengeluarkan mekonium (najis awal berwarna kehitaman) dengan banyak serta berupaya melawan jaundis. Selain itu, susu ibu juga mengandungi kasiat lengkap untuk memenuhi keperluan bayi. Ia kaya dengan asid lemak omega3FA iaitu DHA ( asid dokosaheksanoik) dan AA ( asid araidonik ).

Semuga pengetahuan mengenai susu ibu ini sedikit sebanyak akan memotivasikan para bakal ibu. Akan mengerakkan hatinya untuk merealisaikannya . Kata orang putih ” plan your work and work your plan”.

2 Respons

  1. Salaam.

    Teringat semasa belajar psikologi tempoh hari, penyusuan susu ibu untuk bayi bukan sahaja penting disebabkan oleh kandungan dalam susu ibu sendiri, tetapi juga ‘attachment’ yang wujud antara bayi dengan ibu itu sendiri.

    Moga bermanfaat.

    Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: