WANITA KEDAH BERKONGSI RASA MELALUI PROGRAM JALINAN KASIH

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kemurahan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita, kita mampu untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan.

Pada 5 September 2009 yang lalu, Biro Wanita ISMA Kedah telah menganjurkan satu program Jalinan Kasih di Hospital Kuala Nerang.  Seramai 7 orang ikhwah dan 11 orang akhawat telah sampai ke sana untuk menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 40 orang pesakit. Sumbangan ini adalah hasil infak dari sahabat handai  ahli isma serta ahli isama sendiri yang berlumba-limba mendapatkan ganjaran dari Allah di bulan yang mulia ini.

Seawal jam 9.30 pagi kami tiba di hospital di sambut mesra oleh Puan Maizatul selaku wakil hospital dan juga staf-staf,,Kami dibekali dengan topeng muka untuk tujuan keselamatan.  Sebelum berjumpa dengan pesakit-pesakit kami mendengar sedikit ucapan  dari YDP ISMA Kedah yang mengucapkan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada Ikatan Muslimin Kedah untuk melaksanakan tugas-tugas kemasyarakatan  selain itu kami juga dihidangkan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Maizatul yang begitu gembira dengan kehadiran kami ke sana dan mengalu-alukan kedatangan kami di lain kali.

Selepas itu kami berpecah kepada dua kumpulan iaitu ikhwah ke wad lelaki dan akhawat ke wad wanita dan kanak-kanak.  Di sana kami mendengar luahan hati dari pesakit-pesakit dan kami memberi semangat dan sokongan kepada mereka untuk bersabar dan redha dengan ketentuan Allah..  Kami menyampaikan sedikit sumbangan iaitu terdiri daripada kuih raya, tuala ,kurma, buah, air, buku panduan ibadah pesakit dan juga mainan (untuk kanak-kanak).

Tergambar keceriaan ketika kami menyapa dan bertanya khabar, mungkin berkurang sedikit beban yang tergalas di bahu mereka tatkala  masih ada insan yang mahu menghulurkan tangan untuk memberi sokongan dan bantuan walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa.  Di pihak kami ahli-ahli ISMA sendiri merasa terharu dan berbangga walaupun usaha ini adalah kecil, ini permulaan kita untuk mendekati masyarakat …

Mudah-mudahan di tahun –tahun mendatang Allah murahkan lagi rezeki kita untuk kita terus membantu mereka yang memerlukan. Insyaallah..

s/u jalinan kasih

Isma kedah 2009,

Mazlina Manaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: