SEMANGAT DAN JIDDIYYAH SYARAT KEMENANGAN

Jasin, 1 nov –  Untuk mencapai sesuatu prestasi yang memuaskan dan untuk merelisasikan sesuatu impian bukanlah semudah ia diucapkan. Sebaliknya ia perlu melalui susah payah dan cabaran berterusan. Lantaran itu keadaan tersebut menuntut kesungguhan yang tinggi atau jiddiyyah yang berterusan. Inilah satu lumrah atau peta perjuangan yang telah dilalui oleh para anbiya’ dan Rasul dalam menyampaikan risalah mereka. masuk barisan....

Untuk lebih menghayati falsafah jidiyyah atau kesungguhan dalam perjuangan ini wanita Isma zon selatan , iaitu disertai oleh peserta wanita dari Johor, Melaka dan N.S telah sama-sama menjayakan satu perkhemahan yang amat bermakna pada 30 oktober hingga 1 november yang lalu. Bertempat di sebuah estet kelapa sawit yang amat menarik iaiitu di Sime eco Retreat di daerah Jassin, Melaka.

di kehijauan alam

Program di bumi Hang Tuah ini dihadiri oleh  lebih kurang 50 orang dengan di terajui oleh urus setia dari negeri Melaka amat memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta.

Perkhemahan yang bertemakan “Jiddiyyah” telah menyediakan beberapa aktiviti lasak dan team building untuk menguji ketahanan fizikal dan mental. Tak ketinggalan aktiviti yang santai dan sederhana seperti senamrobik, BBQ  dan tazkirah di samping acara ruhi seperti tilawah , solat berjemaah, qiamullail, tazkirah dan kuliah subuh. Sistem pemarkahan yang ada campur dan tolak  membuatkan peserta amat teruja.

jiddiyah.. team building

Ketibaan peserta telah di sambut oleh hujan yang lebat sejak sebelum senja jumaat. Khemah-khemah dari kain kanvas yang sepatutya menjadi tempat penginapan peserta dan untuk melepaskan lelah sudah digenangi air. Sebagai altenatif astaka atau dewan terbuka telah menjadi stesyen untuk peserta berlabuh.

Program menjadi semakin hangat apabila peserta dikehendaki menyembelih ayam sendiri dan memprosesnya , diperap dan dibakar untuk makan malam. Bakat masing-masing terserlah dalam kecekapan memproses ayam sehinggalah kepada menghiasnya sebagai hidangan istimewa.

Di temani kabus pagiSecara keseluruhannya perkhemahan ini mendapat pujian dan memuaskan hati. Di samping pelajaran jiddiyah dan pengajarannya ukhuwah terus semakin mantap dikalangan peserta yang baru dan sudah lama berkenalan. Termasuk pelajar-pelajar universiti dan kolej samaada sebagai peserta mahu pun bahagian teknikal.

Bagi wanita ISMA kejayaan seseorang untuk menghadirkan diri di perkhemahan tersebut  sudah merupakan sebahagian dari Jiddiyyah. Para peserta terpaksa meninggalkan dan melupakan sementara waktu tugas dan tanggung jawab asasi terhadap keluarga yang memang sudah sedia banyak.  apa gerangan tuan hamba ke mari

Di kesempatan ini diucapkan tahniah buat ibu-ibu muda yang datang penuh semangat dengan bayi-bayi kecil mereka untuk tidak ketinggalan dan melepaskan peluang. Begitu juga ibu-ibu yang hamil yang tidak pernah mengalah, malahan terus cekal. Inilah suasana unik yang mungkin kita tidak akan dapat lihat dan rasa dalam program-program lain yang dianjurkan badan-badan lain. Inilah semangat yang harus dikekalkan dalam meniti jalan dakwah ini. Tanpa jiddiyyah kemenangan tak mungkin tercapai.

Dalam memperlihatkan susuk dan wajah sebenar Islam dalam kehidupan peribadi dan masyarakat wanita ISMA harus serius dan sentiasa bersungguh-sungguh, sehingga mampu menjadi qudwah dan memimpin manusia ke jalan Allah.

sardin masak asam..AJK yg bersemangat

%d bloggers like this: