USAHAWAN YANG SEDANG MENUJU CEMERLANG

Dewasa ini ramai di kalangan Mahasiswa lepasan universiti yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, medan yang selama ini banyak di isi oleh bangsa bukan Melayu terutama Cina. Pro aktif, kreatif dan inovatit adalah sikap yang sepatutnya ada pada umat Islam yang ingin berjaya. Berusaha dan berdikari untuk menjana pendapatan , dalam masa yang sama menabur budi kebada masyarakat sekeliling. Dan yang paling penting ialah menjadi qudwah ikutan kepada siapa sahaja yang bersamanya.

Mari kita berkongsi pengalaman dengan seorang  wanita ISMA ahli cawangan Kedah yang sedang aktif dengan projek tadikanya di negeri Jelapang Padi itu,  iaitu Puan Hasifah bt Zainuddin. Beliau memiliki 3 buah tadika yang beroperasi di sekitar daerah Jitra. Iaitu Tadika NurSyifa Taman Suria. Nur Syifa’ Taman Teja dan Nur Syifa’ Taman Tengku Sarina.

Ibu beranak dua yang berusia 30 tahun lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini  sangat meminati bidang pendidikan dan menyayangi  kanak-kanak dan beliau adalah seorang yang tidak suka makan gaji. Lantaran itu beliau telah  membuka tadikanya yang pertama iaitu Tadika Nur Syifa’ di Taman Suria , Jitra. Dengan berkat usaha dan kesungguhannya diikuti pula dengan cawangannya yang kedua dan ketiga di Taman Teja dan Taman Tengku Sarina. Dari tahun 2004 hingga 2009 tahun Puan Hasifah telah berjaya menubuhkan 3 buah tadika.

Mahasiswa jurusan perakuanan ini memberikan sepenuh masanya untuk memajukan ketiga-tiga tadika yang telah di tubuhkannya. Dorongan suami iaitu Encik Mohd.Hisyam bin Mohd,Sharif adalah antara faktor kejayaannya. Objektif tadika yang di tubuhkannya adalah untuk mengembangkan potensi kanak-kanak sebelum sampai tahap umur persekolahan. Kanak-kanak yang berumur sekitar umur 4 hingga 6 tahun merupakan sasaran Tadika Nur Syifa.

Teknik pembelajaran yang beliau gunakan adalah gabungan dari teknik yang di gunakan Pra Sekolah sekolah kebangsaan, montesori dan memasukkan subjek hafazan. Dalam tempoh setahun kanak-kanak mampu menghafaz sehingga 20 surah Al Quran. Inilah satu daya tarikan untuk ibu bapa mengahantar anak-anak  mereka ke sini.

Sehingga kini Puan Hasifah telah mampu membuat modul tadikanya sendiri dan memberi kursus untuk guru-guru tadika bagi sesiapa yang berminat pada setiap hujung tahun. Apabila ditanya apakah detik yang paling bahagia ia sebagai seorang pengusaha tadika? ” saat yang paling bahagia ialah apabila melihat anak-anak didiknya cerdik dan pandai sedangkan mereka datang dalam keadaan tidak tahu apa-apa ” jawab beliau.

Baru-baru ini dalam bulan oktober satu rombongan pegawai dari bahagian pelajaran Jabatan Agama IslamNegeri Sembilan [JAHEAINS] TELAH MEMILIH  tadika Nur Syifa untuk dilawati. Puan Hasifah juga telah dijemput untuk membentangkan Modul Tadika tahfiznya di dalam bengkel anjuran JAHEINS [ bahagian pelajaran] di sebuah hotel di Pulau Langkawi baru-baru ini. Pihak  JAHEINS amat berpuas hati dengan pembentangan tersebut,

Semoga usaha murni yang di curahkan untuk mendidik anak-anak generasi ini akan mencapai kecemerlangan yang diidamkan. Namun menurut Puan Hasifah setiap kejayaan itu tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan pengorbanan dan disiplin yang tinggi. Beliau yang merupakan seorang ibu dan isteri sedaya upaya melakukan yang terbaik disamping sokongan ahli keluarganya yang banyak membantu. Baginya disamping ia berusaha untuk mengembangkan potensi anak-anak tadikanya ia juga adalah untuk menggilap potensi dirinya sendiri.

Bagi sesiapa yang berminat untuk perniagaan berasaskan pendidikan ini, maupun untuk berkenal rapat dengan Puan Hasifah bolehlah melayari blognya di alamat tadikanursyifa.blogspot.com.

2 Respons

  1. salam……..
    boleh tak sy nk alamat dan no telefon puan Hasifah?
    saya pelajar UUM dan sy ada buat satu progaram tentg keusahawanan di uum. sy ingin menjemput puan Hasifah sebagai penceramah untuk progaram sy nanti…….
    sy membuat program pada 2 april 2010. jika puan setuju sila hubungi saya di alamat email sy seperti diatas. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: