SEJENAK MENGIMBAU NOSTALGIA MUKHAYYAM KHORIJI ZON TENGAH 2010

5 dan 6 disember 2010: ISMA ZON TENGAH telah  mencatit sejarah apabila satu perkhemahan atau mukhayyam khoriji wanita zon tengah telah diadakan buat julung-julung  kalinya . Mukhayyam yang  menggabungkan tiga kawasan ISMA yang berdekatan , iaitu  Daerah Hulu Langat(DHL), Shah Alam-Kelang [SAK)  dan  Gombak dengan motto  ‘inni uhibbuki Fillah’ amat menguja dan menceriakan  . Perkhemahan dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya  di Impian  Resort , Sungai Congkak , Hulu Langat, Selangor.
Kelainan ini telah berjaya menggamit ramai peserta yang mencecah seratus orang peserta dari pelbagai peringkat usia semuda 18 tahun hinggalah ke usia 50 an. Bertemakan “fizikal cerdas Minda cergas” para peserta bersatu hati,merapatkan sof, membajai ukhuwah dalam meniti setiap agenda yang di atur dengan penuh dedikasi dan munazzom.
Tirai mukhayyam dibuka dengan bisikan doa dan  laungan nasyid ISMA .Ucapan aluan disampaikan oleh  pengarah program iaitu  ukht Zakiah bt Abd Rahman dari ISMA Shah Alam . Antara objektif mukhayyam atau perkemahan ini diadakan ialan untuk  memantapkan dan  menyuburkan ukhuwah sesama peserta.
Peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan taaruf disemarakkan dengan  teknik ice breaking yang amat menarik serta menguja tumpuan dan   ingatan para peserta terhadap nama, kawasan dan  hobi peserta  lain…
Setelah menjamu selera dengan santapan tengahari yang disediakan sendiri oleh para peserta , Dr Syarifah [ISMA SHAH ALAM ] telah menyambung slot tengahari dengan pelbagai kupasan isu dunia kewanitaan  dan  kecantikan …suasana terasa kembali segar…ditambah dengan lontaran-lontaran mengenai  pemakanan kesihatan dari pakar dietPusat Rawatan  al Zahra’, Bangi iaitul Puan Siti Hajar bt Mustafa apabila dihujani dengan pelbagai persoalan.
Slot  petang diisi dengan aktiviti fizikal 2 iaitu Musabaqoh imaniyah melalui wajibat hafazan 10 mowasafat dan doa selain aktiviti membuat bendera kumpulan dengan mengambil kira logo,nama dan moto kumpulan.
Sedikit sentuhan ruhi dalam afat ‘ala toriq seusai makan malam dan solat maghrib dan isya…terasa hidup ini mesti berhati-hati  agar terselamat dari pembaziran. Teruskan membaca