SEJENAK MENGIMBAU NOSTALGIA MUKHAYYAM KHORIJI ZON TENGAH 2010

5 dan 6 disember 2010: ISMA ZON TENGAH telah  mencatit sejarah apabila satu perkhemahan atau mukhayyam khoriji wanita zon tengah telah diadakan buat julung-julung  kalinya . Mukhayyam yang  menggabungkan tiga kawasan ISMA yang berdekatan , iaitu  Daerah Hulu Langat(DHL), Shah Alam-Kelang [SAK)  dan  Gombak dengan motto  ‘inni uhibbuki Fillah’ amat menguja dan menceriakan  . Perkhemahan dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya  di Impian  Resort , Sungai Congkak , Hulu Langat, Selangor.
Kelainan ini telah berjaya menggamit ramai peserta yang mencecah seratus orang peserta dari pelbagai peringkat usia semuda 18 tahun hinggalah ke usia 50 an. Bertemakan “fizikal cerdas Minda cergas” para peserta bersatu hati,merapatkan sof, membajai ukhuwah dalam meniti setiap agenda yang di atur dengan penuh dedikasi dan munazzom.
Tirai mukhayyam dibuka dengan bisikan doa dan  laungan nasyid ISMA .Ucapan aluan disampaikan oleh  pengarah program iaitu  ukht Zakiah bt Abd Rahman dari ISMA Shah Alam . Antara objektif mukhayyam atau perkemahan ini diadakan ialan untuk  memantapkan dan  menyuburkan ukhuwah sesama peserta.
Peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan taaruf disemarakkan dengan  teknik ice breaking yang amat menarik serta menguja tumpuan dan   ingatan para peserta terhadap nama, kawasan dan  hobi peserta  lain…
Setelah menjamu selera dengan santapan tengahari yang disediakan sendiri oleh para peserta , Dr Syarifah [ISMA SHAH ALAM ] telah menyambung slot tengahari dengan pelbagai kupasan isu dunia kewanitaan  dan  kecantikan …suasana terasa kembali segar…ditambah dengan lontaran-lontaran mengenai  pemakanan kesihatan dari pakar dietPusat Rawatan  al Zahra’, Bangi iaitul Puan Siti Hajar bt Mustafa apabila dihujani dengan pelbagai persoalan.
Slot  petang diisi dengan aktiviti fizikal 2 iaitu Musabaqoh imaniyah melalui wajibat hafazan 10 mowasafat dan doa selain aktiviti membuat bendera kumpulan dengan mengambil kira logo,nama dan moto kumpulan.
Sedikit sentuhan ruhi dalam afat ‘ala toriq seusai makan malam dan solat maghrib dan isya…terasa hidup ini mesti berhati-hati  agar terselamat dari pembaziran.
Walau pun malam terus berlalu namun acara masih belum mencapai noktahnya.. para peserta terud diuja dan diuji lagi… mereka di kehendaki menmbentuk satu team yang mantap dan saling bekerjasama melalui aktiviti-membentuk sebanyak mungkin bangunan dengan hanya menggunakan beberapa batang lidi yang limited dan salotep!!!…
Acara kemuncak pula..,,  inilah aktiviti yang melenyapkan segala keletihan malahan  mengundang kemesraan antara peserta. Inilah malam persembahan yang ditunggu-tunggu .. persembahan dari setiap peserta mengikut kawasan masing-masing . Wanita Shah Alam  dengan kemeriahan borianya, Wanita Gombak dengan santunan choral speaking,  manakala wanita Daerah Hulu Langat dengan alunan indah nasyidnya…masya Allah. Seperti yang dijangkakan , akhawat memang hebat !!  P elbagai  bakat2 tercungkil sudah…………pastinya banyak lagi yang bakal meletop!!!.
Keesokannya, keberanian dan ketangkasan mujahidah Khaulah Al Azwar mengisi momentum pagi yang di aplikasikan melalui riadhah ‘al ruhul jadid’ . Tidak sah kalau tidak ada acara lasak dalam perkhemahan.., lantaran para peserta amat bertuah kerana dapat menyertai acara Explorace yang di susun dalam  jungle traking .
Satu lagi slot yang tidak boleh dilupakan ialah mandi sungai…j menikmati kesejukan air sungai sambil menikmati keindahan alam semesta. Bagi peserta yang tak berpeluang untuk lasak mereka boleh menguji kreativiti melalui ukiran buah tembikai ketika ini . Semuga semua peserta berpuas hati, seronok dan pulang membawa kenangan penuh erti.
Ucapan ketua wanita ISMA Pusat  Nor saleha bt Mohd.Salleh   iaitu peranan wanita dalam binaan baitul muslim- menutup tirai mukhaiyam khoriji 2009 . Sebagai ole-ole tanda perkongsiaan – hamper diedarkan  kepada semua kumpulan khasnya buat kumpulan yag terbaik…alfu mabruk…..
Maka berakhir sudah mukhayyam kita…yang turut serta ,sampai-sampaikanlah kegembiraan ini kepada yang tidak berpeluang untuk turut serta …. demikianlah sedutan ucapan pengarah program menutup pertemuan ini.
Antara pelajaran penting yang perlu dipahatkan oleh peserta  sepanjang program ini ialah semangat kental, jiwa lasak dan serba boleh, demi untuk kelangsungan dakwah .  Tahun hadapan insya Allah kita bermukhayyam lagi!!!!!!!.
Wassalam.

2 Respons

  1. salam…izinkan bertanya..sebelum tu mmg mnarik..tp mcm mn nak join isma ni?tringin mengikuti aktiviti mcm ni..klu ada kelapangan nk jgk join,insyaAllah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: