PERKHEMAHAN WANITA ZON SELATAN

Rembau, 28 Mac 2010 : ” Inni uhibbuki fillah ” saya sayangkanmu kerana Allah.. demikianlah bunyi motto perkhemahan wanita ISMA zon selatan pada tahun2010 ini. Perkhemahan yang bertemakan ukhuwah untuk merapatkan hubungan sesama ahli wanita zon selatan yang terdiri dari negeri Johor, Melaka dan N.sembilan.

Negeri Sembilan yang mengambil tanggung jawab sebagai tuan rumah pada tahun ini memilih Taman Reakrasi Gunung Datuk yang terletak di daerah Rembau sebagai lokasi perkhemahan. Kaki Gunung Datuk telah memetrikan memori ukhuwah fillah antara peserta yang hadir mencecah bilangan 80 orang.

Perkhemahan di mulakan dengan ketibaan peserta dan pendaftaran seawal jam 7.45 pagi pada 27 Mac 2010. Sebagai pembuka pertemuan peserta menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi sebelum acara bermula. Perkhemahan ini disempurnakan pembukaannya jam 8.45 pagi dengan bacaan Al Quran serta ucapan aluan dan taklimat dari Amirah dan barisan urusetia.

Untuk lebih menghayati dan memahami objektif perkhemahan ini para peserta dihidangkan dahulu dengan Bicara Rindu : ukhuwah fillah , oleh ustazah Hayati. Semuga perkhemahan yang bakal di lalui selama dua hari satu malam itu akan memberi input positif kepada semua yang hadir. Peserta memenfaatkan kehadiran mereka semaksima mungkin melalui aktiviti yang telah disusun.

Acara awal yang amat menguja peserta pada kali ini ialah acara ” Semulus jemari setulus Ukhuwah ” yang menguji kewanitaan dan bakat terpendam para suri dan anak-anak gadis. Peserta di kehendaki menyiapkan gubahan buahan-buahan, menghias kek, menjahit sehelai saprah dan membuat getah pengikat rambut dalam masa satu jam setengah dalam kumpulan masing-masing. Hasil yang perolehi akan mendapat markah yang akan dikumpulkan bersama markah-markah lain sepanjang perkhemahan. Disamping mencurahkan idea kreatif para peserta dapat menjalin ukhuwah, kerjasama dan seumpamanya disegment ini.




Teruskan membaca