Rembau, 28 Mac 2010 : ” Inni uhibbuki fillah ” saya sayangkanmu kerana Allah.. demikianlah bunyi motto perkhemahan wanita ISMA zon selatan pada tahun2010 ini. Perkhemahan yang bertemakan ukhuwah untuk merapatkan hubungan sesama ahli wanita zon selatan yang terdiri dari negeri Johor, Melaka dan N.sembilan.
Negeri Sembilan yang mengambil tanggung jawab sebagai tuan rumah pada tahun ini memilih Taman Reakrasi Gunung Datuk yang terletak di daerah Rembau sebagai lokasi perkhemahan. Kaki Gunung Datuk telah memetrikan memori ukhuwah fillah antara peserta yang hadir mencecah bilangan 80 orang.
Perkhemahan di mulakan dengan ketibaan peserta dan pendaftaran seawal jam 7.45 pagi pada 27 Mac 2010. Sebagai pembuka pertemuan peserta menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi sebelum acara bermula. Perkhemahan ini disempurnakan pembukaannya jam 8.45 pagi dengan bacaan Al Quran serta ucapan aluan dan taklimat dari Amirah dan barisan urusetia.
Untuk lebih menghayati dan memahami objektif perkhemahan ini para peserta dihidangkan dahulu dengan Bicara Rindu : ukhuwah fillah , oleh ustazah Hayati. Semuga perkhemahan yang bakal di lalui selama dua hari satu malam itu akan memberi input positif kepada semua yang hadir. Peserta memenfaatkan kehadiran mereka semaksima mungkin melalui aktiviti yang telah disusun.
Acara awal yang amat menguja peserta pada kali ini ialah acara ” Semulus jemari setulus Ukhuwah ” yang menguji kewanitaan dan bakat terpendam para suri dan anak-anak gadis. Peserta di kehendaki menyiapkan gubahan buahan-buahan, menghias kek, menjahit sehelai saprah dan membuat getah pengikat rambut dalam masa satu jam setengah dalam kumpulan masing-masing. Hasil yang perolehi akan mendapat markah yang akan dikumpulkan bersama markah-markah lain sepanjang perkhemahan. Disamping mencurahkan idea kreatif para peserta dapat menjalin ukhuwah, kerjasama dan seumpamanya disegment ini.
Resmi per
- khemahan adalah lasak, letih dan penat. di perkhemahan ini makanan peserta perlu memasak sendiri bersama ahli kumpulan setiap waktu makan mahupun sarapan. Tidur di dalam khemah. Pasang sendiri , bukan dan siap terpasang. Kecuali yang tidak sihat di beri kemudahan untuk mereka menginap di chalet atau mereka mendirikan khemah di tempat yang agak spesial , bukan di tapak perkemahan tetapi di atas pentas di dalam dewan… so.. dapat juga pahala sama juga.. mungkin.!
Seusai makan tengahari peserta dipanggil roll call untuk berkawat dan memulakan satu aktiviti out door atau explorace dalam segmen “derap langkah ku”… meredah belukar, menuruni cerun bukit, berjalan kaki sambil menjawab soalan atau memenuhi kehendak “surat” yang mereka terima. Mereka di kehendaki menghafaz hadith dan membuat panji-panji kumpulan sebelum bergerak.
Salah satu cek point yang menguja peserta ialah mereka dikehendaki meletakkah sehelai kain di tempat yang paling tinggi disebuah ladang getah. Ada peserta yang membalingnya ke arah ranting yang tinggi dan yang sanggup memanjat pokok getah agar dapat di ikat di dahan yang tinggi. Suasana agak mendebarkan juga…Aktiviti ini berlangsung sehinggalah jam 5.30 petang sebelum mereka berhenti untuk sedikit perkongsian dan menyediakan makan malam.
Penat lelah dipetang tadi di rehatkan seketika dengan ” malam simfoni cinta” ,setelah selesai solat maghrib dan isyak serta wirid al ma’thurat. Kalau siang tadi peserta menyerlahkan bakat seni tangan, di malam ini pula mereka berentap di pentas seni lagu dan nasyid. Majlis di serikan dengan edaran peti beracun. Peserta yang “terkena” ada yang di suruh berkaraoke. Dan antara persembahan menarik ialah ” Dairi Cinta”, di mana coretan ukhuwah dibacakan yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan para pendengar.
Sebelum merebahkan badan seketika malam diperbaringan peserta di ajak sama-sama bermuhasabah diri,, melihat kelemahan masing-masing di samping memasang azam dan tekad untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dalam keadaan lebih baik.. lampu dimalapkan… peserta perlu merenung diri mereka sendiri dengan dipimpin oleh modereter bertugas.
Acara kemuncak pada pagi ahad dalam segmen sukan_santai@ukhuwwah.com. Bunyi tajuknya agak lembut tetapi sebenarnya di segment ini peserta perlu berlari ke sana ke mari untuk mengejar musuh dan menyelamatkan diri… inilah antara acara yang seronok,, peserta diberi peluang untuk main perang-perang,,. mereka berada dalam kumpulan masing-masing dan berusaha membaling ‘peluru’ ke arah musuh , merempuh kem pertahanan musuh dan mendapatkan panji-panji milik musuh, so kumpulan dapat panji pihak lawan merekalah pemenang,,! Segmen ini agak memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Malahan peserta dari PEMBINA agak mengagumi peserta-peserta veteran yang kelihatn jauh lebih kuat dan bersemangat dari pesert-peserta muda. SYABAS!
Perkhemahan ditutup dengan rasminya pada jam 11.30 pagi dengan sedikit sesi penutup dan muhasabah. Di akhiri dengan doa dan peserta saling bertukar-tukar hadiah sebagai tanda ukhuwah disamping hadiah yang disediakan oleh pihak urusetia perkhemahan. Salam-salaman dan saling pesan pesan memesan antara peserta mengakhiri perkhemahan wanita zon selatan secara keseluruhannya. Semuga bertemu lagi di tahun depan dengan aktiviti yang lain.
Filed under: Berita Wanita |
Tinggalkan Jawapan