SEKITAR KONWANIS 2010

Port Dickson 24 julai 2010 – Berlangsung sudah Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS 2010) atau KONWANIS kali ke 4 pada tarikh yang telah ditentukan, iaitu 24 julai 2010. Berlangsung dengan tema ” Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden “.

Konvensyen yang bermula pendaftarannya seawal lapan pagi di ikuti dengan majlis perasmiannya pada jam 9 pagi oleh Yang Berhormat Dato’ Hajjah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Wanita, keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat kerajaan Negeri Sembilan.

KONWANIS 2010 anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang di adakan di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kehadiran  mencecah 1,00 orang dari kalangan ahli wanita ISMA dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.  Selain dikunjungi oleh para peserta dari kalangan guru-guru KAFA daerah, Port Dickson, Seremban dan Rembau, pelajar pengajian tinggi,beliawanis, NGO-NGO dan institusi , juga wanita dari kalangan masyarakat awam.

KONWANIS kali ini  mensasarkan objektif untuk menjelaskan identiti dan jati diri wanita dari perspektif Islam, di samping menjelaskan perkara-perkara penting dalam mendepani cabaran sosial . Seterusnya memartabatkan Islam sebagai penyelesai masaalah dan jalan keluar.

Tiga pembentangan kertas kerja telah di susun untuk memenuhi objektif tersebut di samping menekankan sumber pengambilan yang sahih dalam memahami sirah, yang merupakan salah satu sandaran dalam pembentukan jati diri. Pembentangan pertama oleh : Ustazah Norakhilah Bahrin, ketua Wanita Ipoh, pembenteng kedua : Ustazah Norsolehah M.Salleh , Ketua Wanita ISMA Pusat danpembentang  ketiga : Ustaz Ahmad Sanusi Azmi timbalan Dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setelah majlis berhenti rehat untuk menikmati hidangan tengahari majlis diteruskan dengan forum yang bertajuk : Realiti Wanita Pasca Moden. Yang di kendalikan oleh Ustazah Razidah Adam sebagai moderetor, sementara  ustazah Nik Norsaha Nik Muhammad dan Puan Hajjah Rohani Dato’ Shahir sebagai panel jemputan. Suasana dewan amat teruja dengan idea, info dan jenaka yang diselitkan.

Konvensyen kali ini  yang agak singkat iaitu  dari pagi hingga ke petang telah di sempurnakan penutupnya dengan pembentangan rumusan konvensyen oleh Puan Suriani Sudi, Penolong Pengarah konvensyen kali ini. Seterusnya konvensyen wanita Islam Nasional ini di sempurnakan penutupannya oleh Presiden ISMA sendiri, iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin. Abdul Rahman dan bacaan doa oleh YDP Seremban Ustaz Azizee Hassan , yang turut di hadiri oleh Jawatan Kuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , Ketua Penolong Pengarah bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan YDP-YDP di kawasan berhampiran.

Biro Wanita ISMA berharap agar KONWANIS yang  merupakan program tahunan untuk wanita ini akan menjadi satu medan pertemuan antara wanita untuk membincangkan isu semasa disamping membina jalinan ukhuwah yang melambang satu kekuatan dan kesatuan pemikiran.

Disamping KONWANIS  , biro wanita berharap aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan seperti program kekeluargaan dalam unit keluarga dan aktiviti anak-anak dalam unit Asybal wa zahrawat (NAZIM) yang mempunyai kekerapan yang lebih banyak  akan menjadi penggenap kepada pembentukan syahsiah wanita dan keluarga.

Seperti tahun-tahun yang lalu tidak sempurna KONWANIS jika sebelah malamnya tidak di serikan dengan acara santai dan hiburan. Oleh itu malam kesenian Islam : Untuk Mu Wanita telah di rancang khas untuk peserta KONWANIS pada kali ini.  Malam kesenian yang agak hampir jika di beri jolokan mini konsert itu telah menampilkanbeberapa acara menarik  sama ada acara solo mahu pun berkumpulan.

Kumpulan Qasidah dari wanita  Taman Kesidang, Kampung Lapan , Melaka telah membuka tirai persembahan dengan alunan suara dan paluan kompang, mereka memberikan persembahannya . Di ikuti dengan persembahan nasyid oleh puteri-puteri NAZIM Shah Alam, Selangor dengan persembahan yang agak memukau penonton. Malam kesenian di hangatkan lagi dengan deklimasi sajak oleh Puan Nisah Haron, yang merupakan Setiausaha Persatuan Penulis N.Sembilan dengan sajak yang dicipta khas untuk konsert Untuk Mu Wanita itu. Malahan penonton terus dihiburkan dengan nyanyian solo , kumpulan nasyid dari wanita Johor dan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa ,Gombak serta persembahan pentomen yang baik.

Di konvensyen yang penuh bermakna ini para penaja dan dermawan tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan yang berupa cenderahati atau hadiah. Karya Bestari dari Pustaka Alaf 21 telah menghadiahkan 500 naskhah buku pelbagai tajuk untuk peserta. Syarikat Al Meswak Mukmin juga berbesar hati menghadiahkan ubat gigi mukminnya. Manakala Pusat Rawatan Az zahrah berbesar hati memberi beberapa keping boucer SPA dan potongan harga sebanyak 10% barangan keluarannya. Semua hadiah telah di berikan kepada peserta sama ada didalam kit pendaftaran atau melalui cabutan bertuah yang di adakan pada sebelah siang dan malam.

Sayonara… semuga ketemu kembali di KONWANIS yang ke seterusnya, dengan tekad untuk menterjemahkan setiap dapatan dan input kepada kehidupan realiti dalam perjuangan yang tak mungkin padam. Syabas dan tahniah kepada barisan jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan KONWANIS 2010, ahli-ahli ISMA dan seluruh peserta yang telah hadir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: