SAUDARI NABILAH HUDA KEMBALI MENYAMBUNG PELAJARAN

Enam bulan yang lalu kita pernah dikhabarkan dengan berita  saudari Nabilah Huda bt. Zaim yang terpaksa pulang ke tanah air dari bumi Jordan, kerana telah disahkan sebagai mengidap penyakit leukimea. Ibu bapanya En Zaim dan Puan Norazlina terpaksa terbang ke Jordan dengan segera ketika itu untuk menguruskan beliau yang sudah pun berada di wad rawatan rapi di sebuah hospital di Jordan.

kbaz dll 627

Akhirnya beliau terpaksa dibawa pulang ke Malaysia dan menangguhkan pengajian di sana untuk mendapatkan rawatan lanjut di dalam negara. Alhamdulillah dengan berkat usaha , doa  dan izin dari Allah kesihatan Nabilah Huda semakin stabil setelah mendapat rawatan secara berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dengan semangat beliau yang tak pernah luntur beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh di dalam bidang pengajian Syariah di Universiti Al Yarmouk, Jordan. Doakan semuga beliau berjaya menghabiskan pengajian yang masih berbaki setahun enam bulan.

Sebelum berangkat beliau telah sempat menemui para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke Timur Tengah di dalam program  Selangkah ke Bumi Anbiyak anjuran Sekateriat Isma Antara Bangsa di Port Dikson baru-baru ini untuk berkongsi maklumat dan pengalaman sekali gus memberi semangat kepada adik-adik .

Tahniah.. dan selamat kembali ke dunia ilmu kepada saudari Nabilah Huda. Beliau telah selamat berlepas pada selasa 26 mei yang lepas dari lapangan terbang KLIA yang juga di temani oleh kedua ibu bapanya.

Penyakit kronik yang beliau hadapi tidak menghalang beliau dari meneruskan cita-cita murni untuk menuntut ilmu dan meneruskan tarbiyyah dibumi Jordan. Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan.

Wajahnya sentiasa ceria dengan raut wajah yang sentiasa tersenyum menambahkan keyakinan kepada kedua ibu bapanya untuk melepaskan beliau terbang ke luar negara.

Kami dari pihak wanita ISMA mendoakan  kepada saudari Nabilah Huda dan rakan-rakan pelajar di Jordan agar sentiasa berada di dalam rahmat Allah, dan mengharapkan mereka akan pulang dengan selamat setelah tamat pengajian nanti . Mereka bakal menaburkan mutiara-mutiara ilmu  untuk dikongsikan dan menjadi  muslimah daieyah yang akan berbakti di bumi Malaysia.

Pelancaran Logo NAZIM

duaribusembilan 552

Pada tanggal 1 mei 2009 yang lalu sempena Konvensyen Wanita Islam anjuran Biro Wanita ISMA di INTEKMA convensyen centre, Syah Alam,  Logo NAZIM telah di lancarkan.

Logo yang di hasilkan adalah melalui  pertandingan membuat Logo di antara ahli NAZIM dari seluruh Malaysia. Pemenangnya telah jatuh kepada adik Abdul Mubin Zainuddin dari NAZIM Syah Alam. Tahniah buat adik Abdul Mubin.!

Semuga NAZIM atau Nadi asybal Wa zahrawat ini akan menjadi wadah unggul dikalangan anak-anak . Sebagai medan untuk mencungkil bakat dan potensi mereka disamping aktiviti dan pengalaman yang mereka boleh timba bersama rakan-rakan di sini.

Di harapkan  NAZIM akan terus mara ke hadapan bersama semangat dan selogannya yang memberangsangkan; beriman, bijak, berani dan cergas. Wajah singa yang serius melambangkan sifat-sifat yang tersebut di atas yang mesti di miliki oleh anak-anak lelaki. Manakala bunga yang kembang mekar melambangkan keperibadian anak-anak perempuan.

Besar harapan penganjur besar lagi harapan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka beraktiviti di bawah naungan NAZIM. kepada Puan Zakiah Abd. Rahman sebagai pengarah NAZIM Malaysia selamat maju jaya. Tak lupa juga buat para aktivis NAZIM di setiap kawasan dan negeri.

KONWANIS 09

dsc_3710-large

dsc_3599-large

dsc_3680-large

Shah Alam, 1-2 Mei 2009 – Konvensyen Nasional Wanita Islam 2009 (KONWANIS) buat kali yang ke-3 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berlansung dengan jayanya di Intekma Resort & Convention Centre dengan temanya ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’.

Konvensyen ini telah diadakan selama 2 hari satu malam dengan jumlah penyertaan yang menjangkau 400 orang peserta daripada pelbagai lapisan usia , kaum wanita yang berbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan , juga para mahasisiwi Intitusi Pengajian Tinggi

Teruskan membaca

CUTI BERSALIN LEBIH AWAL

imaan-rasya-2

Ini adalah kenyataan akhbar Mingguan Malaysia :

” KUALA LUMPUR 25 April – Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin.

Bagaimanapun ia akan ditolak dari jumlah citu bersalin 60hari yang diperuntukkan kepada mereka.

Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabata Perkhidmata Awam yang dikeluarkan 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira pada hari mereka bersalin tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital , klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. ” Teruskan membaca

“Agama dan Akademik Mesti Seiringan” – Nik Nur Madihah

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi. Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 ketika ditemuramah oleh wartawan ISMA di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti wawancara penuh saudari Nik Nur Madihah Teruskan membaca

Kelas ‘Cupcake’ KRIM DHL Pupuk Sifat Kreatif Puteri

Bandar Baru Bangi, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class – Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri.

Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.

Objektif utama kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli puteri KRIM DHL dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama. Objektif ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Sebelum bermulanya kelas, setiap peserta dijemput untuk memperkenalkan diri dan latar belakang yang sekaligus menjadi pemangkin untuk saling kenal-mengenali dan membina hubungan silaturrahim. Dalam proses latihan membuat kek ini, para peserta saling bantu-membantu dan berlakunya komunikasi dua hala yang secara tidak langsung menghubungkan titik-titik persamaan antara peserta. Diharap dengan permulaan ini, hubungan yang terbina akan menjadi lebih erat melalui siri ‘Teen-Building Programs’ yang akan datang.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, objektif kelas ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli puteri untuk mempelajari salah satu kemahiran yang mungkin akan bermanfaat bagi mereka kelak. Teruskan membaca

JEMPUTAN KONVENSYEN WANITA ISLAM

WANITA ISMA MENGALU-ALUKAN KEHADHIRAN

PUAN-PUAN, SAUDARI-SAUDARI DAN

SELURUH WANITA SEKELIAN

publicati1Hubungi:

1. Pn Rasyidah (019-2676074)

2. Cik Zahratul Sobah (013-3874485)

3. Pn Zaharah (019-2204770)

YURAN PENYERTAAN:

PELAJAR: RM 70

DEWASA/ BEKERJA: RM 120

BAYARAN YURAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT MELALUI

AKAUN MAYBANK

SUZANA SAAT  : 1621 4290 2295

NOTIFIKASI PEMBAYARAN MELALUI SMS   :    KONWANIS>NAMA>INSTITUSI

HANTARKAN KEPADA 017-6676109 (Pn Suzana)