Mengimbau kembali kehidupan ibu bapa dan nenek moyang kita dahulu kita akan dapati seringkali anak lelaki diajar dengan ilmu mempertahankan diri. Agar selamat dari gangguan binatang buas waktu mengembara atau ganguan manusia lain yang di temui. Sementara anak perempuan diajar ilmu bagaimana mempercantikkan diri, menjaga maruah diri dan melayan suami dengan sebaiknya. Hanya segelintir sahaja masyarakat yang berpeluang mendapat pendidikan dari segi ilmiah dan diajar menulis dan membaca. Ini bermakna pendidikan pada zaman itu bertumpu kepada kecerdasan emosi dan fizikal , dan amat sedikit sekali kepada kecerdasan intelek.
Namun bukan bermakna mereka langsung tidak diasah intelek mereka. Mereka juga belajar mengaji Al Quran, belajar di madrasah dan pondok-pondok, menghafal segala jenis kayu kayan di hutan. Boleh mengenal dan menamakan jenis akar, daun dan buah-buahan yang terdapat disekililing mereka. Mereka belajar secara tidak formal.
Dari segi kehidupan harian kebanyakan kerja dilakukan secara ‘manual’, seperti menumbuk padi, menggiling cili, mengangkat air dari perigi dan sebagainya. Bahkan ada ibu bapa yang memberi tanggung jawab khas buat anak-anak mereka setiap hari, seperti anak lelaki mesti memastikan air di dalam kolah sentiasa penuh, anak perempuan di wajibkan menolong ibu di dapur, memasak mengemas , melipat kain dan seumpamanya.
Ibu adalah suri rumah sepenuh masa, menjaga anak, menyusukan bayi dan memastikan keperluan harian mereka. Bapa pula bertanggung jawab untuk mencari rezki menyara hidup keluarga. Yang demikian itulah antara ciri atau faktor yang membentuk masyarakat melayu yang terkenal dengan adat resam dan kesopanannya.
PERUBAHAN HARI INI
Apabila berlakunya revolusi industri zaman dan cara hidup masyarakat banyak berubah. Kehidupan moden yang serba canggih, bersifat global, seolah-olah dunia tanpa sempadan. Pembangunan intelek dan ilmiah amat di titik beratkan. Oleh itu tumpuan diberikan kepada pendidikan formal iaitu pendididkan peringkat sekolah, seterusnya ke kolej atau universiti. Kejayaan manusia di ukur dengan profesionalismanya, iaitu memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Ibu bapa bekerja , malahan anak tidak disusukan dan di besarkan oleh ibu sendiri. Anak tidak lagi diberi tanggung jawab kerana “dia penat belajar’. Kasih sayang dan perhatian biasanya digantikan dengan hadiah, wang dan kebendan. Ibu bapa sentiasa sibuk dan tertekan, tidak ada masa untuk anak-anak, dan sekiranya ada masa bersama anak-anak mereka secara tidak sedar banyak menghabiskan masa untuk mengkritik tingkah laku dan adab yang tidak sopan, dengan itu mereka seolah hilang peluang untuk bermesra dengan anak-anak.
KECERDASAN EMOSI DAN INTELEK YANG SEIMBANG
Kajian menunjukkan bahawa manusia seolah-olah mempunyai dua otak, otak intelek dan otak emosi, dan kedua-duanya membangun serentak dan hampir 85% dari pembangunan otak bergantung kepada pembangunan emosi, dan 15% sahaja kepada pembangunan intelek. Dengan itu 85% dari hidup manusia dipengaruhi oleh perasaan atau emosinya. Ini bermakna 85% dari cara hidup, amalan, tingkah laku dan kemampuannya untuk belajar dan minat belajar adalah berdasarkan perasaan dan emosinya.
BOLEH DAN MINAT
Kajian menunjukkan bahawa otak membangun kerana otak itu belajar.Otak belajar kerana menerima maklumat, menyimpan maklumat dan bertindak balas kepada maklumat tersebut. Maklumat diterima melalui pancaindera lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa , dan respon dilihat melaui gerak geri , pertuturan dan manipulasi. Emosi atau perasaan merupakan “INPUT atau ‘NALURI’ yang keenam yang amat penting. Perasaan positif dan negatif berlaku serentak dengan pengalaman anak melihat, mendengar, menyentuh, merasa sentuhan, membau, bergerak, bertutur dan bermanipulasi.
Dengan itu apabila kita membangunkan kemampuan anak membaca, kita seharusnya membangunkan serentak MINAT dia membaca. ‘boleh’ ialah kecerdasan intelek dan ‘minat’ ialah kecerdasan emosi. Teruskan membaca
Filed under: keluarga & kesihatan | 2 Comments »