Cinta & Air mata wanita Palestin

Di sebalik kehebatan seorang lelaki yang bergelar pejuang, pasti ada di sisinya seorang wanita sebagai pendorong dan sumber inspirasi. Begitu juga dengan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tokoh pimpinan HAMAS yang syahid akibat bedilan Zionis Israel.

Justeru ISMA dengan sukacitanya menjemput seluruh umat Islam, khususnya golongan wanita untuk mendengar sendiri cetusan rasa dan perkongsian pengalaman oleh Puan Rasya al-Adluni (isteri As-Syahid Ar-Rantisi) dalam program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin”.

Maklumat lengkap program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” adalah seperti berikut:

* Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
* Masa: 2.30 petang
* Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, N.Sembilan
* Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

KONVENSYEN SENADA


KUALA LUMPUR-11 Mac. Berlansungnya Konvensyen Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) yang bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby menghimpunkan wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi, wakil-wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Biro Wanita Isma WANIS turut dijemput untuk menghadiri konvensyen tersebut.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Senada ingin mengadakan satu pelan tindakan yang akan dikemukakan kepada kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya dan ini memerlukan pungutan suara di bawah Senada. Datuk Seri Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial berkata isu ketidakadilan yang dibangkitkan oleh wanita, bukan disebabkan syariat dalam Al-Quran dan hadis tetapi cenderung kepada aspek prosedur dan bidang kuasa yang diberi kepada pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.

Di akhir program ini, 3 sesi perbincangan diadakan secara berasingan dalam bentuk bengkel. Bengkel agama, perundangan Islam dan sosial dan kebajikan. WANITA ISMA (WANISMA) telah memilih untuk menyertai bengkel sosial dan kebajikan. WANISMA yang diwakili oleh Ketua Wanita Pusat iaitu Ustazah Nor Saleha telah mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan dalam bengkel ini. Perbincangan ini juga disertai oleh LPPKN, JKM, Persatuan Ibu Tunggal, Sister In Islam, Institusi Sosial Malaysia dan beberapa Agensi Kerajaan dan NGO lain.

Penglibatan WANISMA dalam aktiviti ini, telah memberi peluang untuk menjalinkan hubungan dengan jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. WANISMA menerima respon yang baik dari peserta-peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang.

PELANCARAN NAZIM : KELAB ASYBAL WA ZAHRAWAT

asybl-zhrwt

Alhamdulillah.. Nazim telah selamat dilancarkan . Nazim ,  ringkasan dari perkataan Nadi Asybal wa Zahrawat Isma Malaysia  sempena AGM ISMA ke 11 pada 31 januari 2009 yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh Timbalan Presiden ISMA Ust.Abd Halim Abdullah. Semuga kelab ini akan bangkit se- gah dan seharum namanya.

Asybal bererti anak singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak laki-laki. Manakala zahrawat ialah kuntuman bunga-bunga yang mekar di taman yang sejuk mata memadang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Teruskan membaca

Ibadah Qurban & Aqiqah Acheh 1428 H

Tempahan untuk penyertaan telah dibuka. Tarikh tutup pada 15 Disember 2007.

Objektif program :- 

a) Mengagihkan daging-daging Qurban & Aqiqah kepada keluarga-keluarga miskin dan fakir di beberapa buah kampung di sekitar Lhokseumawe dan berkongsi kegembiraan Eidul Adha bersama mereka.

b) Melakukan Ibadah Qurban diperkarangan belakang rumah anak yatim “Pondok Yatim” bagi melbatkan mereka menghayati ibadah Qurban

Harga 

1 bahagian Qurban / Aqiqah (lembu) = RM 350.00
1 ekor kambing = RM 400.00
1 ekor lembu = RM 2400.00

Untuk maklumat lanjut sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Flyers program Dalam Flyers

Teruskan membaca