Kelas ‘Cupcake’ KRIM DHL Pupuk Sifat Kreatif Puteri

Bandar Baru Bangi, 28 Mac – KRIM DHL puteri telah menganjurkan ‘Cupcake Class – Baking and Decoration’ yang bertempat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Kelas ini merupakan sebahagian daripada siri ‘Teen-Building Programs’ yang dirancang untuk diadakan sepanjang 2009 khusus untuk KRIM DHL puteri.

Kelas ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap peserta. Tenaga pengajar profesional dijemput untuk memberi ‘hands-on training’ bermula daripada proses membuat kek hingga kepada hiasan.

Objektif utama kelas ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli puteri KRIM DHL dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama-sama. Objektif ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Sebelum bermulanya kelas, setiap peserta dijemput untuk memperkenalkan diri dan latar belakang yang sekaligus menjadi pemangkin untuk saling kenal-mengenali dan membina hubungan silaturrahim. Dalam proses latihan membuat kek ini, para peserta saling bantu-membantu dan berlakunya komunikasi dua hala yang secara tidak langsung menghubungkan titik-titik persamaan antara peserta. Diharap dengan permulaan ini, hubungan yang terbina akan menjadi lebih erat melalui siri ‘Teen-Building Programs’ yang akan datang.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, objektif kelas ini juga adalah untuk memberi peluang kepada ahli puteri untuk mempelajari salah satu kemahiran yang mungkin akan bermanfaat bagi mereka kelak. Teruskan membaca

PELANCARAN NAZIM : KELAB ASYBAL WA ZAHRAWAT

asybl-zhrwt

Alhamdulillah.. Nazim telah selamat dilancarkan . Nazim ,  ringkasan dari perkataan Nadi Asybal wa Zahrawat Isma Malaysia  sempena AGM ISMA ke 11 pada 31 januari 2009 yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh Timbalan Presiden ISMA Ust.Abd Halim Abdullah. Semuga kelab ini akan bangkit se- gah dan seharum namanya.

Asybal bererti anak singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak laki-laki. Manakala zahrawat ialah kuntuman bunga-bunga yang mekar di taman yang sejuk mata memadang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Teruskan membaca

ANAKKU DEGIL??

” Buai laju-laju sampai pucuk atap
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab… “

Demikianlah puisi harapan yang sangat masyhur di kalangan kita orang Melayu. Ungkapan yang mengandungi doa, harapan, dan motivasi seorang ibu atau ayah terhadap anaknya yang masih bayi. Mencitakan agar anak membesar sebagai cerdik pandai dan ilmuan, menjadi insan yang berguna dimasa hadapan.

Namun tidak semudah itu dalam kita mentarbiyyah anak menelurusi usianya tahap demi tahap, kerana dalam masa yang sama insan kecil ini juga menjadi ujian kepada ibu bapanya. Menguji kesabaran ibu bapa menghadapi kerenah mereka. Antaranya ialah perangai si anak yang sering bersikap degil, keras hati dan seumpamanya. Bagaimanakah sebaiknya untuk kita melentur buluh yang masih rebung ini??

Teruskan membaca