PERKHEMAHAN NAZIM KUANTAN 2010

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah mengizin dan memudahkan berlangsungnya perkhemahan bagi anak-anak NAZIM Kuantan pada 27-28 Feb 2010 lepas. Perkhemahan selamat dilaksanakan di Permatang Badak, Kuantan dengan kerjasama dari beberapa orang fasilitator dari  PEMBINA ikhwah dan akhawat yang telah banyak membantu sepanjang program berjalan.

Pendaftaran yang bermula pada petang 27 hb itu, menyaksikan penglibatan seramai 27 orang peserta dari peringkat sekolah rendah lelaki dan perempuan.

Program sehari semalam itu memuatkan beberapa slot antaranya:

  • Solat maghrib berjemaah beserta kuliah maghrib yang bertajuk ‘Rasulullah saw sebagai anak dan sahabat’
  • Tayangan video ‘Muhammad Utusan Terakhir’ selepas solat isya’ berjemaah.
  • Lanjutan dari tayangan video tersebut, anak-anak NAZIM bergerak dengan penuh rasa teruja dalam aktiviti ‘night walk’ mengelilingi kawasan berdekatan bersama pasangan masing-masing. (Dua orang dalam setiap kumpulan) . aktiviti ini bertujuan menanm rasa berani dan takut hanya pada Allah swt, ke dalam hati mereka. Seusai night walk, masing2 terlelap keletihan sebelum menyambung program dengan acara seterusnya.

Seawal jam 4.30 pagi, anak-anak telah bangkit untuk solat tahajjud secara berjemaah, walaupun dalam keadaan yang masih ‘mamai’ dek rasa mengantuk, masing2 tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. Syabas anak-anak sekelian.

Selesai solat subuh, diiringi dengan bacaan ma’thurat, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum semuanya melibatkan diri dalam acara latihan

1. Nasyid
2. Coral Speaking
3. Berpidato dan
4. Bercerita

bersama jurulatih2 yang terdiri dari ‘ kakak-kakak  PEMBINA UIA ‘ dan ‘ makcik-makcik ISMA’.

Program diteruskan dengan acara kemuncak perkhemahan, iaitu Explore Race di sekitar kawasan padang Sek Keb Permatang Badak. Beberapa tugasan dalam explore race tersebut telah dapat disiapkan oleh semua kumpulan dengan jayanya. Masing-masing menerima hadiah di akhir perkhemahan . Jelas terpancar riak kegirangan di wajah-wajah anak-anak generasi harapan ini.

Perkhemahan yang bertemakan “Nabi Muhammad saw contoh ikutan” itu selamat diakhiri sekitar jam 1.00 tgh, iaitu sebelum solat zohor. Anak-anak bersorak gembira, mengharap akan adanya lagi perkhemahan seumpamanya di masa akan datang. Alhamdulillah.

Penghargaan buat ‘abang-bang dan kakak’  dari PEMBINA yang turut serta menjayakan perkhemahan ini.

Semuga perkhemahan ini juga akan turut memberi cetusan semangat kepada anak-anak NAZIM yang lain di seluruh negara.

Tinggalkan komen