SUARA WANITA UNTUK GAZA

Shah Alam, 10 Jan 09 – Para wanita nampaknya tidak mahu kempunan untuk bersama-sama melaungkan suara simpati mereka terhadap Gaza di rapat umum yang di anjurkan oleh Aman Palestin dan Ikatan  Muslimin Malaysia [ISMA] yang  disertai  juga oleh beberapa Ngo-Ngo  seperti ABIM, HALUAN, MACMA dan lain-lain  di stadium Malawati sabtu lalu. Mereka datang beramai-ramai sama ada bersama rakan, kumpulan  mau pun keluarga dan anak-anak. Datang dari seluruh pelusuk negara . Kereta-kereta di tampal dengan sticker ‘ save Gaza” sebagai muqaddimah upacara, berkonvoi memecah sunyi pagi sabtu bandaraya Shah Alam di bumi Selangor.

Bilangan hadirin yang mencecah kira-kira 10,000 orang itu menggamatkan suasana dengan laungan Allahu Akbar, HIDUP GAZA, HANCUR ISRAEL dan berbagai-bagai laungan lagi  . Ratusan poster- poster dan sepanduk dengan aneka  slogan dan ucapan  menyemarakkan suasana, dan  lebih terasa apabila  bendera-bendera Palestin berkibaran  di tengah-tengah stadium ..! Ya.. kita buka hanya bersedih melihat nasib saudara kita di Gaza tetapi kita juga mempunyai semangat juang dan keperwiraan..

Pengacara banyak  menyumbang menghidupkan suasana dan  membakar semangat hadirin yang sememangnya telah membara sejak awal lagi. Majlis yang berlangsung selama 2jam itu semuga akan menyedarkan banyak pihak yang hadir , memahami dan menghayati isu yang sedang hangat ini. Acara-acara yang disediakan amat menarik dan bertenaga, ucapan dari eksekutif Aman Palestin, wakil dari Gaza sendiri dan beberapa wakil dari pertubuhan seperti Abim, PAS dan lain-lain. Tayangan multimedia dan persembahan nasyid membuatkan hadirin terus bersemangat.

Edaran kutipan tabung dan menandatangani borang memorandum adalah acara wajib. . Para krew save Gaza dari awal nampak sibuk mengawal suasana dan mempastikan segalanya baik.

Sesungguhnya jihad yang panjang yang telah di lalui oleh rakyat Palestin tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Sokongan moral dan bantuan kewangan dari ummat Islam seluruhnya akan meninggikan martabat Islam itu sendiri dimata dunia. Semuga pahala jihad mereka dapat kita kongsikan bersama.

Wahai wanita … ketahuilah tangan yang menghayun buaian itulah yang akan menggoncangkan dunia…! darimu jua akan lahirnya generasi soleh dan generasi pejuang yang akan mempertahankan aqidah Islam yang suci ini . Engkau jua persis seperti madrasah-madrasah yang keluar daripadanya para graduan.

gaza_pp1

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Anjuran: Aman Palestin – dengan permit Polis
Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Objektif:

1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza