RAMADHAN YANG KU RINDU

peluang mengajar anak solat dan puasa

Setiap tetamu adalah mulia di hati mereka yang menunggu- nunggunya. Mereka akan menyediakan ruh dan jiwa raga untuk bertemu. Rindu dan gembira saling memenuhi perasaan. Rasa tidak sabar untuk memeluk dan mendakapnya. Tempat sambutan atau rumah yang akan dikunjungi tetamu istimewa itu pasti akan dihisas dan susun atur dengan begitu teliti. Malahan akan di jemput juga sahabat handai serta sanak saudara untuk turut  meraikan. Lebih istimewa tamu yang akan disambut maka akan lebih hebat persediaan yang dibuat.

Kini Ramadhan akan kembali lagi..  ia merupakan tetamu  yang amat istimewa di hati ummat Islam. Kedatangannya dinanti-nantikan. Inilah bulan yang agung yang penuh berkat.  Sesungguhnya orang-orang mukmin yang soleh yang dipelopori oleh para sahabat Rasulullah mereka amat teruja untuk menerima ketibaan Ramadhan. Mereka telah menunggu-nunggunya sejak enam bulan sebelum kehadhirannya dan mengucapkan “wida’ ‘ atau selamat tinggal selama enam bulan selepas berpisah dengan Ramadhan.

Ayuh.. kita persiapkan diri kita, anak-anak, keluarga , rumah-rumah kita untuk menyambut tetamu yang agung lagi mulia ini, iaitu Ramadhan Al mubarak :

  1. Mari kita hembuskan semangat rindu terhadap Ramadhan kepada anak-anak kita. Mari kita sorot kembali kisah-kisah Ramadhan yang manis-manis yang telah dikecapi bersama tahun-tahun nan lalu. Kenangan lalu pasti menaikkan lagi perasaan ghairah untuk bertemu Ramadhan yang penuh rahmat itu. Sebutkan kepada anak-anak segala keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan yang di sediakan oleh Allah SWT. Bacakan firman Allah yang berbunyi :

كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به

Maksudnya : Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk ku dan aku akan memberi ganjaran dengannya.

Ingatkan kembali pengalaman-pengalam Ramadhan yang lalu,, seperti masjid yang dipenuhi oelh orang ramai, solat tarawikh, majlis ilmu, tadarus al quran dan iktikaf.

Ingatkan mereka tentang sepuluh Ramadhan terakhir.. di mana di dalamnya terbina hubungan kemasyarakatan yang baik, menjamu selera ketika berbuka dalam suasana mesra dan kasih sayang.

2.Ceritakan kisah-kisah kemenangan tentera Islam di sepanjang sejarah. Seseungguhnya Allah sentiasa menurunkan petunjuk dan bantuan kepada hamba- hambaNya yang berpuasa.

3. Wahai para ibu bapa mari kita persiapkan minda anak kita tentang bagaimana untuk berinteraksi dengan baik terhadap masjid. Kerana di bulan Ramadhan nanti masa kita akan lebih panjang untuk berada di masjid berbanding bulan- bulan yang lain. Jelaskan kepada permata hati tersayang bagaimana adab-adab ketika di masjid , menghormati masjid, tidak buat kecoh ketika di masjid dengan dengan perangai-perangai tertentu. Para ibu bapa mestilah perihatin, sentiasa mengingatkan anak-anak tentang adab dan akhlak setiap kali pergi ke masjid.

4. Ciptakan suasana bahagia dalam keluarga.., jadikan anak-anak kita gembira berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Belikan hadiah untuk mereka sempena Ramadhan, gantungkan perhiasan di dinding dan syiling rumah, pasangkan lampu-lampu. Keluarlah sikit belanja..! Demi memperlihatkan roh kemegahan Ramadhan . Tunjukkan kepada mereka bahawa kita bahagia dan gembira..!!

5. Jangan lupa persediaan iman untuk anda sekeluarga.. sama-sama memanjatkan taubat memohon keampunan kepada Allah.  Ayuh tajdid/ perbaharui taubat… bukalah lembaran baru dalam kehidupan ini. Kita sambut Ramadhan dalam suasana hubungan antara kita yang baik. Berusaha mengajak sahabat kita yang berselisih agar-agar berbaik-baik. Meminta ampun kepada dua ibu bapa, memohon restu mereka di ambang Ramadahan ini , semuga redha Allah kita dapati sama. Semuga kita tidak diharamkan dari mendapat segala berkat, rahmat dan nikmat bulan Ramadhan yang semakin tiba.

6. Menyediakan anak-anak tentang fiqh Ramadhan. Mengkaji hukum-hakam puasa dari sudut fekah dengan cara yang mudah difahami sebelum bermulanya Ramadhan. Agar semua menghadapi Ramadhan dengan penuh persediakan, bukan beramal tanpa ilmu ,sekali gus mengelakkan dari kesilapan. Boleh berpakat dengan sahabat-sahabat untuk mengumpulkan anak-anak lelaki dan perempuan untuk membincangkan fiqh puasa.

7. Boleh mengiklankan hadiah bagi anak-anak yang berpuasa penuh, ini akan menggalakkan dan merangsang anak-anak untuk bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah puasa, terutama anak-anak yang berada di dalam marhalah tadrib [latihan ]. ‘Siapa puasa cukup tahun ni kita akan hadiahkan sekian.. sekian.. “

8. Mengadakan jamuan atau khenduri meraikan anak-anak yang baru kali pertama puasa. Jemput saudara mara terdekat dan teman-teman  Atau cukup sekadar jamuan teh, buah buahan, sekadarnya sahaja. Dengan yang demikian anak yang raikan itu tahu bahawa ia telah berada dalam marhalah yang baru dan merasakan diri mereka dihargai .

9. Buat satu pertemuan keluarga yang terdiri dari ibu, ayah dan anak -anak. Namakan pertemuan tersebut, seperti ‘ meeting ambang Ramadhan ” dan seumpamanya. Galakkan setiap orang untuk memberi pendapat untuk menyambut Ramadhan. Bentuk satu program yang komprehensif sepanjang Ramadhan. Antara agenda “mesyuarat keluarga” yang perlu diambil kira ialah seperti

Pertama :Tentukan objektif setiap program yang di rancang :

  • Untuk peningkatan diri
  • program bersama keluarga
  • program bersama sanak saudara
  • program bersama jiran
  • proram bersama teman-teman sekolah tau sekerja
  • program bersama masyarakat
  • dll..

hadiah ramadhan

Kedua : Tentukan tempoh atau jangka masa sesuatu program, buat agihan tugas dengan baik serta catatkan program tersebut ditempat yang boleh di lihat [ seperti di papan putih, di manila kad dan seumpamanya] agar boleh di folow up bagi pihak diri kita sendiri mau pun seluruh ahli keluarga.

Ketiga : Merancang beberapa program sepanjang Ramadhan . Contohnya seperti berikut :

  • Merancang program Al Quran Al karim agar kita boleh mengaut sebanyak mungkin pahala. Termasuk berusaha untuk mengkhatamkan al Quran beberapa kali dan bersungguh-sungguh untuk menghafaz beberapa ayat setiap hari.
  • Program doa , kenal pasti keperluan kita dan tulis doa-doa tersebut. Berusahalah mengulang-ulang doa tersebut setiap hari di musim ini ,memohon kepada Allah yang maha mentadbir segala urusan.
  • Merancang program-program ilmu
  • Program ziarah
  • Program sedekah, didik anak-anak agar suka bersedekah dalam bulan mulia ini.
  • Mengajar anak-anak tentang pengurusan masa.  Berdisiplin dengan jadual, seperti waktu bersama keluarga, waktu tidur, waktu membaca dan sebagainya.

Ayuh… mari kita mulakan sekarang. Anak-anak seawal usia 7-9  tahun sudah boleh turut serta dalam program – program ini. Pujuklah anak dengan nada yang menyenagkan mereka .. ” Sayang… sayang dah besar sekarang.. sudah mampu untuk puasa. Ibu percaya anak ibu ni boleh berpuasa, InsyaAllah. Anak ibu ni kuat.. Allah sayang orang-orang yang puasa. Allah sediakan mereka syurga.. mereka masuk syurga melalui pintu yang bernama Rayyan. Nak masuk syurga lalu pintu Rayyan tak sayang..?? ”

Bagaimana sebaiknya pula untuk kita menyambut Ramadhan ini??

  • Berniatlah untutk mendapatkan sebanyak mungkin pahala kebaikan.
  • Berniat untuk berpuasa dengan sebenar-benar puasa.
  • Berniat untuk solat jamaah di masjid
  • Berniat untuk membaca Al Quran dan menghafal beberapa ayat. Begitu juga menhafaz beberapa hadith.
  • Berniat untuk solat tarawikh
  • Berniat untuk bersedekah, membantu fakir miskin.
  • Berniat untuk iktikaf di masjid dan menghidupkan malam lailatul Qadr.
  • Berniat untuk bersilatur rahim dan menziarahi jiran.
  • Berniat untuk memperbanyakkan doa , bermunajat.. untuk semua. Untuk saudara seislam di seluruh duania, Palestin, Iraq, Afghanistan, Daffur dan lain-lain.
  • Menyambut Ramadhan dengan penuh gembira. Menyediakan rumah.
  • Mengucapkan tahniah kepada semua orang, melalui talipon, sms, email dsb.
  • Berlumba-lumba melakukan amal kebaikan dalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat. Dan berniat untuk mendapat sebanyak mungkin pahala. Sabda Rasulullah SAW :

.. يقول رسول الله- صلى الله عليه وسلم-: “أتاكم رمضان، شهر بركة، يغشاكم الله فيه، فيُنزل الرحمة ويحط الخطايا, ويستجيب فيه الدعاء, ينظر الله تعالى إلى تنافسكم فيه, ويباهي بكم ملائكته، فأروا الله من أنفسكم خيرًا؛ فإن الشقيَّ من حُرم فيه رحمة الله عز وجل”..

Maksudnya: Ramadhan telah tiba menemui kamu, bulan yang Allah kurniakan untukmu penuh berkat, di turunkan padanya rahmat, dihapuskan dosa, diampunn dosa, dimakbulkan doa, dan Allah melihat kepada kesungguhan kamu padanya. Malaikat bermegah. Maka Allah melihat kebaikan-kebaikan dari kamu.Maka sesunguhnya celakalah sesiapa yang diharamkan oleh Allah Azza wa jalla akan rahmatNya.

Akhir sekali sama-samalah kia berdoa dan mengharap kepada Allah agar menjadikan kita mulia kerana Ramadhan dengan segala kebaikannya, Allah mengurniakan kita berbagai nikmat dan barakat. Memberi kemenangan kepada ummat Islam.Menyelamatkan kita dari segala wabak dan bala. Allahumma Amin… Kullu Am wa antum bi khair.

– Tulisan ini di cedok dari laman web ikhwan online tulisan Dr.Rasyad Lasyin.

INFO SUSU IBU.

Anak merupakan anugerah Allah . Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan. Anak-anak adalah  pewaris ayah dan bonda di masa hadapan. Mereka juga merupakan permata negara yang diharapkan untuk menerajui dunia sebagai pemimpin yang berwibawa.new born

Lantaran itu kelahiran mereka di muka bumi ini di sambut dengan penuh tatasusila dari segi Islam. Malahan sejak mengandung lagi para ibu di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mendirikan solat, memperbanyakkan membaca Al Quran, zikrullah dan sebagainya. Tempoh kehamilan adalah satu tempoh yang indah bagi ibu yang  tidak dapat di rasakan oleh orang lain. Tangisan awal bayi di sambut dengan azan dan iqomah di telinga kanan dan kirinya, memintas segala tipu daya dan godaan syaitan. Di beri nama yang baik-baik. Di aqiqahkan sebagai satu tanda kesyukuran.

Sepanjang 2 tahun pertama pembesarannya adalah lebih utama di susukan dengan susu ibu yang mempunyai khasiat lengkap di samping mengeratkan hubungan kasih mesra antara ibu dan anak. Al Quran menyarankan agar di susukan 2 tahun penuh bagi yang ingin berbuat demikian. Saranan tersebut pasti bukan saranan kosong, tetapi mengandungi hikmah dan rahsia yang tersirat. shoes

Bayi yang disusukan dengan susu fomula dan menggunakan botol pasti melalui pengalaman dan nikmat yang berlainan dari bayi bertuah disusukan oleh ibunya sendiri. Secara tak langsung kesemuanya itu akan mempengaruhi pembesaran, keperibadian, emosi dan kecerdasan aqal si anak.

Tidak dinafikan ibu yang menyusukan bayi akan mengalami keletihan . Terpaksa bijak membahagi masa. Menjaga kesihatan diri, menjaga makan dan minum demi anak yang di susukan. Teruskan membaca